TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, August 14, 2011

DEMI BN, TSU KOON KENA SEDAR DIRI DAN BERUNDUR

Gelombang untuk menolak Tsu Koon nampaknya semakin meningkat. Malahan BN sendiri dilaporkan oleh MInsider telahpun mengadakan perbincangan tertutup. Perbincangan tertutup yang turut disertai oleh DS Najib itu dikatakan berkisar kepada usaha untuk memperkuatkan semula Gerakan melalui suntikan kepimpinan baru. Selain dari itu, tinjauan pendapat di kalangan Putrajaya juga rata-ratanya berpendapat bahawa Tsu Koon perlu mengundurkan diri dan untuk membolehkan BN merampas kembali Pulau Pinang, Tsu Koon bukanlah calun yang paling layak untuk menerajuinya.

Awang Selamat, Utusan Malaysia pula berpendapat Tsu Koon harus menerima "mesej yang jelas" dari kritikan terhadapnya agar berundur dan memberikan muka baru untuk menerajui Gerakan. Awang Selamat meminta agar Tsu Koon "tolonglah faham" dan tidak menyalahkan orang lain atas kegagalannya sendiri.
Apa yang penting di sini ialah apakah Tsu Koon meletakkan kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan kesinambungan Gerakan dan BN? Sepatutnya sebelum isu menjadi lebih besar dan lebih rumit lagi hingga BN terseret dalam kemelut kepimpinan Gerakan ini, Tsu Koon perlu dengan rela hati melangkah keluar meninggalkan politik dan memberi peluang kepada pemimpin baru untuk memberikan imej baru kepada  Gerakan. 

Yang peliknya, dalam gelombang menentang Tsu Koon begitu hebat sekarang, mana perginya Keng Yaik. Takkan senyap aje?

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI