TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, August 24, 2011

KAWAN NUAR BEBAS, KEHAKIMAN AS DICEMUH

Kawan baik Nuar, Dominique Strauss Kahn dilepaskan dari pertuduhan merogol pengemas bilik hotelnya oleh mahkamah Amerika Syarikat. Hakim Michael Obus memberitahu mahkamah yang sesak bahawa pertuduhan terhadap DSK digugurkan. Ini bermakna DSK bebas.
Percubaan peguam yang mewakili amah tersebut untuk merayu keputusan hakim tersebut juga ditolak serta merta. Bagaimanapun, para peguam DSK yang meraikan kemenangan tersebut berkata bahawa DSK menjadi mangsa kepada media serta sistem kehakiman AS yang terburu-buru.

Pembebasan DSK tersebut bagaimanapun mendapat tentangan hebat diluar mahkamah yang rata-rata berpendapat perkauman dan darjat memainkan peranan dalam kes tersebut yang mana ianya adalah kes antara seorang yang bertaraf jutawan dan seorang lagi hanyalah amah kulit hitam yang tidak berpendidikan. Selain mahkamah, pihak pendakwa juga mendapat kutukan yang hebat dari orang ramai.

Agaknya Nuarpun berangan agar nasibnya sama dengan DSK nanti, cuma bezanya ialah kehakiman di AS diwar-warkan sebagai adil, tetapi sebenarnya tidak adil dan boleh dibeli manakala kehakiman di Malaysia dilabelkan boleh dibeli tetapi sebenarnya tidak.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI