TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, August 5, 2011

PAS PUN TAK SOKONG JAIS

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau bimbang dengan tindakan JAIS menyerbu majlis berbuka puasa Gereja Methodist akan memburukkan lagi hubungan kaum di Malaysia yang telah sedia dingin.

Sepatutnya PAS menyokong dan memberi sokongan moral kepada tindakan JAIS dan Dr Hasan, bukan menambah rumitkan lagi keadaan.

Hubungan dingin masyarakat di Malaysia bukanlah disebabkan tindakan penguatkuasaan. Hubungan dingin antara kaum di Malaysia terjadi akibat kaum minoriti terlalu dimanjakan dan akhirnya tidak tahu menghormati hak ramai. Hidup akan jadi aman sekiranya yang kecil tahu menghormati yang besar, yang sedikit menghormati yang banyak, yang muda menghormati yang tua dan sekiranya ini berlaku, perkara sebaliknya juga akan berlaku akibat dari saling hormat menghormati.

Masyarakat Kristian yang sedikit, sebenarnya amat jelas akan pantangnya umat Melayu dan Islam sekiranya didakwahkan dengan dakyah-dakyah Kristian. Maka sebagai menghormati umat Melayu dan Islam, jangan lakukan perkara tersebut. Kalau kita menghormati perasaan orang lain, pasti yang lain akan menghormati kita.

3 comments:

Anonymous said...

Tazkirah Jumaat tadi ,Yang Bahagia Ustaz nyatakan "tiada sesiapa yang maksum, tiada siapa yang tidak ada buat dosa, melainkan Nabi junjungan kita, Muhammad SAW."
Maka ahli AJK PAS belum terlepas dari dosa.Mereka sudah mencapai ciri ciri tergelincir sebab menyokong orang yang nyata hendak mendakwah kapada orang beragama Islam kapada Agama lain daripada Agama Allah.
Bagi MCA Star Bar council Council of Churches sudah memang kerja kerja.Cuma sisters dan MM belum join lagi.
arjuna waspada.
changkat lobak

Anonymous said...

mujahid rawa ni begitu bodoh sekali..tak macam ayahandanya yg berani..

Iman tak dapat diwarisi..bernama mujahid bukan bermakna sanggup berjihad..

member aku pun ada nama mujahid..tapi perangai..masyaallah...

Anonymous said...

Pada pendapat saya, isu ini berlaku pada bulan Ramadhan yang suci ini adalah satu peringatan penting daripada Allah kepada umat Islam di Malaysia agar bersatu padu mengukuhkan kedudukan Islam di Msia. Bersatulah tanpa berbelah bahagi di bawah kepimpinan DS Najib. Berdoalah semoga beliau diberi hidayah dan taufik daripada Allah agar dikukuhkan Islam di Msia.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI