TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, August 23, 2011

PECAT SYED HAMID

Aku menyokong sangat-sangat tindakan pemandu teksi di Johor Bahru yang mogok kerana membantah sistem kupon SPAD. Dilaporkan lebih 2000 pemandu teksi menyertainya.
Apa yang aku nampak, sistem kupon SPAD ini tak lebih dari merompak hasil keringat rakyat berpendapatan rendah secara terang-terangan. Potongan 10% dari tambang yang diperolehi oleh pemandu teksi terpaksa diserahkan kepada pengendali sistem kupon ini yang entah dari mana dan siapa, yang dilantik oleh SPAD. 

Aku rasa sistem kupon yang memaksa pemandu teksi menyerahkan 10% pendapatan mereka ini adalah satu-satunya pembaharuan yang paling cepat sekali beroperasi di bawah SPAD. Maklumle, 10% tu banyak, bank pun bagi untung  setakat 4% setahun.

Agaknya itulah sahaja cara yang paling bijak yang terfikir oleh Syed Hamid untuk SPAD cari duit. Orang-orang macam Syed Hamid ni sebenarnya sudah tidak relevan lagi tahap kebijakannya. Patut kerajaan pencenkan sahaja. Langkah bodoh SPAD ini hanya memburukkan lagi imej kerajaan. Bayangkan, setiap teksi andainya dinaiki oleh 20 orang penumpang setiap hari, kalau 2000 teksi sudah terdapat 40,000 penumpang sehari.

Berapa banyak kerosakan imej yang terpaksa kerajaan tanggung sekiranya setiap pemandu teksi membebel dengan penumpang mereka dan memburukkan kerajaan? Apakah Syed Hamid pernah ambil kira hal ini? Atau cuma mengira berapakah keuntungan oleh pengendali sistem kupon SPAD yang mungkin hanya dari suku sakat dia aje. Kalau benar sistem kupon boleh mengatasi masalah, mengapa ianya tidak diserahkan kepada persatuan teksi sahaja yang lebih tahu akan pengoperasian teksi? Mengapa perlu diberi kepada orang-orang yang tidak pernahpun menjadi pemandu teksi?

Dalam hal ini, kerajaan kena cepat bertindak. Suara pemandu teksi mungkin suara kecil sahaja tetapi pendengar mereka ramai. Syed Hamid tak layak menerajui SPAD kalau begini caranya. 

3 comments:

Anonymous said...

2lh bro ..org kotatinggi sendiri dh naik meyampah dgn dia..awak org luar,dlantik jd ap.dh tu nk poyo lbh2..

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Kita sebelah menyebelah aje, sikit sebanyak tau juga le ceritanya.

Anonymous said...

aku dari dulu tak berkenan dengan keturunan arab yang seorang nie,tak cukup keduit pencen sebagai menteri dan elaun MP.Ini jenis manusia rasa tak serba tak kena kalau hidup tanpa jawatan,dulu masa Kota Tinggi banjir dai ada kat mana (London)

ARTIKEL HANGAT BULAN INI