TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, August 18, 2011

TUGU 1 MALAYSIA PUN JADI HAL!!!

PAS Melaka sibuk menegur kenapa Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka berdiam diri berkaitan tugu 1 Malaysia di Pantai Klebang. PAS mahu jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka menegur kerajaan Melaka. Katanya tugu tersebut mempunyai unsur pemujaan.

Agaknya siapalah yang sanggup sembah nombor 1 yang besar tu? PAS takut dengan tugu tu kerana dibimbangi terdapat unsur pemujaan atau bimbang dengan nombor 1 tu. Kalau nak kira benda-benda besar ni, aku rasa Petronas Twin Tower tu lagi banyak orang puja, tak pulak PAS bising. Rata-rata orang kampung kalau pergi KL dan tak dapat lihat Petronas Twin Tower, punyala ralat, serupa macam tak pergi KL. 

Aku rasa kalau setakat tugu 1 Malaysia tu, tak de le pulak orang yang datang Melaka rasa ralat tak tengok tugu tu. Kalaupun pun ada agaknya yang memuja nombor 1 tu nanti hanyalah orang-orang PAS bila dah dekat PRU nanti, buang ancak kat situ minta ketua mereka dapat jadi orang nombor 1 dalam Malaysia. 

Oleh kerana PAS tak de perwakilan kat DUN Melaka, eloklah bisik-bisikkan kat telinga DAP, rakan sebantal, rakan sepermainan dan rakan sekapal untuk bawa isu ni ke sidang DUN. Tengok DAP nak tak bawakan isu ni. Bab nombor-nombor ni DAP memang suka, lagi kalau nombor 1.

3 comments:

Anonymous said...

membazir je....xde fungsi pn tugu nih...

Otak Geliga said...

tgk tersurat/luaran mmg nmpk membazir, tp kalau yg tersirat belum tentu membazir.

majoriti rakyat Mas tahu apa fungsi logo 1 tu. logo tu nak MENGGALAKKAN RAKYAT MAS SUPAYA BERSATU sbb ramai dah lupa skrg ni.

kalau ikut kepala "mrk2" membazir memanjang...patut la BINA PATUNG BERLAMBAK kat Negeri Serambi Tokong tu.

Anonymous said...

Majlis Fatwa Perlis fatwakan haram bina & adakan majlis depan tugu 1malaysia. jangan jd bangang nak lawan.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI