Mungkin dah bosan agaknya bertegak anak beranak fasal hudud, PAS, DAP dan PKR masing-masing bersetuju untuk ambik nafas sekejap. Tutup mulut hingga Rabu ini.
Tapi masing-masing memang dah jenis kaki gaduh, tak bertekak tak lengkap hari mereka. Nak bertekak sesama mereka, semua dah bersetuju nak damai kejap. Sebab untuk bertekak kena cari, kalau sehari tak bertekak, air pun mereka tak tertelan. Maka mereka sepakat pulak dah........PAS, DAP dan PKR cabar pulak MCA dan Gerakan pulak keluar BN atas isu hudud, isu yang sedang mereka tekakkan sekarang.
Kalau MCA dan Gerakan keluar BN, mungkin seronok sikit bertekak, tak la setakat gaduh anak-beranak. Baru meriah. Sekarang ni mereka anak-beranak terpaksa tuding menuding menyalahkan orang lain, jadi kalau dah ada MCA dan Gerakan dari luar yang turut sama bertekak dengan mereka.....bagi mereka baru seronok. Barulah lagi kuat semangat mereka nak mengata UMNO dan BN.
PAS, DAP dan PKR ni memang suka bab kawin, cerai dan rujuk. Mereka tak akan fikir dua kali kalau bab nak kawin, cerai dan rujuk ni. Aku tak rasa MCA dan Gerakan pun seronok untuk kawin, cerai dan rujuk ni. Kalau adapun mungkin setakat merajuk aje, tapi tak le sampai nak bercerai.
No comments:
Post a Comment