TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, September 28, 2011

MACAM MANA NI POK NIK???

Aku sokong Pok Nik nak melaksanakan hukum hudud. Tapi bila Pok Nik kata hudud hanya untuk orang Islam sahaja, aku konpius. Pok Nik jamin hukum hudud tidak dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam sebagaimana mesej dalam FBnya hari ini.
“Saya memberi jaminan jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebab hanya meliputi umat Islam”.
Mana boleh macam ni, undang-undang mesti sama kepada kesemua rakyat, mana boleh ada dua undang-undang. Aku terima kalau undang-undang berkaitan kekeluargaan Islam, harta pesaka dan amalan agama hanya tertakluk kepada orang Islam. Bagaimanapun undang-undang berkaitan jenayah mana boleh ada double standard. Takkan orang Islam mencuri kena potong tangan, orang Hindu mencuri hanya kena denda sahaja. Mana keadilannya?

Entahlah.....aku yang confuse atau Pok Nik yang konpius, tak tau le.

8 comments:

HHalem said...

"Takkan orang Islam mencuri kena potong tangan, orang Hindu mencuri hanya kena denda sahaja. Mana keadilannya?"

Tuan:-)

Itu yg Tun cakap dlm Surat beliau kepada Pok Nick.

Mungkin Pok Nick x faham Bahasa melayu kot sbb Pok Nick cakap omputeh. Fbook beliau pun omputeh.

Anonymous said...

Kalau orang islam curi barang barang orang Hindu, hukum nya kena potong tangan. Kalau orang Hindu yang mencuri barang barang orang islam. Tak payah potong tangan. lepas tu ramai lah barang barang dan harta orang islam yang akan kena curi.

Anonymous said...

Pok nick dah pandai cakap orang putih ka..tahniah..tapi yang pelik nya napa bahasa malaysia nya tak pandai lurus.....

Anonymous said...

Kalau anak dara Niki Azizi kena rogol sampai mengandung 7 bulan dan yang rogol pula Kapal Sink macamana nak jatuh hukum. Anak Dara Niki Azizi perlu 4 saksi orang2 yang adil utk mengesahkannya. Masa anak dara Niki Azizi kena rogol, yang melihat hanya Niki Azizi seorang. Maka dikenakan hukum sebat kepada anak dara Niki Azizi dan Kapal Sink terlepas.

Anonymous said...

Semacam jugak. kalau orang Umno yang mencuri, kena potong tangan. Kalau orang Pas yang mencuri. Tak payah kena potong. Diam sala. Ini lah Hudud Pas namanya.

ridhwan said...

Hati2 bercakap tentang isu hudud. Cuma teguran sesama islam.

Anonymous said...

Saya sokong HUDUD, Tapi bagi org2 PAS sahaja. Kalau Org2 PAS nak terjun lombong, terjunlah sendiri dan jangan ajak org lain sekali.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Sejak kawan dengan Karpal, pok Nik dah fluent ongputeh!

En. Ridwan,
Terima kasih atas ingatan. Sesamalah kita ingat mengingatkan antara satu sama lain.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI