Hari ini Mat Sabu failkan saman terhadap Utusan dan Ketua Pengarangnya. Mula-mula aku ingat Mat Sabu ni memang ikhlas saman sebab nak bersihkan nama dia, nak buktikan bahawa dia tidak bersalah. Rupanya tidak. Memang sah Mat Sabu ni mata duitan. Apa taknya, MInsider melaporkan bahawa Mat Sabu akan turut menyaman TS Muhyiddin dan TS Musa Hasan.
Abang kayo lepas ni Mah ooiii....... |
Dalam hal saman terhadap TS Muhyiddin ni, MInsider melaporkan Mat Sabu berkata, "Beliau (Muhyiddin) kaya, kalau saman pun tak mengapa". Belum apa-apa lagi Mat Sabu dah menghitung kekayaan TS Muhyiddin. Berapa banyak agaknya yang akan berpindah ke akaun Mat Sabu?
Dalam banyak-banyak saman pemimpin PAS, belum pernah aku dengar mereka tak tuntut juta-juta. Semuanya nak kaya instant. Walhal kalau betul nak perbaiki reputasi, boleh saja saman di mahkamah dan mohon mahkamah memerintahkan, jika benar orang yang merosakkan reputasi dan maruah mereka itu dihukum agar memohon maaf secara terbuka dan menanggung segala kos perbicaraan. Tak payah sebut juta-juta.
Nak kata rosak reputasi rasanya tak juga, makin popular adalah. Malah undangan berceramah semakin berlipat kali ganda. Sama-sama kita renungkan, apakah nawaitu sebenar mereka....
No comments:
Post a Comment