TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, September 8, 2011

PREPAID PATUT LEBIH MURAH

Tindakan kerajaan  ingin mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% kepada setiap transaksi tambah nilai prepaid telefon mulai 15 September ini dilihat sebagai satu langkah ke belakang. Tindakan ini akan menjadikan kerajaan BN akan teruk dihentam dan dikritik.
Pengguna prepaid rata-ratanya adalah dari golongan berpendapatan rendah dan pelajar. Walaupun nilai 6% itu sedikit, tetapi kewajarannya dipersoalkan. Ini kerana pengguna prepaid di Malaysia sekarang ini membayar harga yang lebih untuk setiap panggilan berbanding dengan pengguna postpaid. Sedangkan nilai yang telah dibayar terlebih dahulu itu telah dapat dipergunakan oleh pengendali telco untuk bermacam tujuan dan pengguna tidak pula mendapat manfaat dari "pelaburan awal" mereka itu.

Apakah hanya kerana pengguna postpaid yang belum tentu membayar apa yang mereka gunakan membantu telco untuk membuat unjuran mudah dalam fokus perniagaan mereka maka mereka diberikan keistimewaan? Sedangkan pengguna miskin dan kecil-kecilan yang terpaksa bermodal dahulu untuk mendapatkan perkhidmatan  terpaksa dibebankan dengan kos panggilan yang tinggi dan membayar lagi cukai perkhidmatan. 

Sepatutnya pelanggan dan pengguna prepaid yang telah terlebih dahulu bermodal iaitu membayar dahulu untuk mendapatkan perkhidmatan perlu diberikan lebih keistimewaan berbanding yang pakai dahulu baru bayar. 

Marilah kita beramai-ramai membantah tindakan kerajaan ini dan menteri yang bertanggungjawab yang mana tindakan ini hanyalah akan menurunkan populariti kerajaan di waktu yang semakin hampir dengan pilihanraya ini.

8 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Say NO to BN

Rakyat berpendapatan rendah ditekan.

Anonymous said...

Secara jujur saya katakan kat sini,Kerajaan sekarang memang nak cari bala.Memang nak cari marah rakyat.

Tak reti reti lagi ke kes kes yg terdahulu masa Pak Lah telah menjahanamkan BN dan UMNO.

Kepada Kerajaan....nasihat saya jangan cari pasal tak tentu hala.Kerana ada yg marah secara terbuka dan ada yang marah tapi dipendamkan.Marah itu akan dizahirkan nanti pada PRU.

Oleh itu.....bertindaklah secara bijak supaya selamat.Jangan bertindak secara biawak...melulu tak tentu hala,kelak kena balun.

Rahim Janggut

Anonymous said...

sebenarnya cukai tu dah ada sebelum ni cuma telah diserap di dalam kos topup, yang postpaid pun bayar 6%, cuma syarikat perkhidmatan tak mau serap dah kos tu nak kaya lagi, tengok berapa billion tahun ni syarikat dapat untung.

* boikot DG/Maxis sebab dia bawa duit tu lari luar negara bila untung banyak.

Anonymous said...

Ini sudah kira cekik darah, yang difikir oleh syarikat hanya mau untung berlipat ganda.Pengguna pun tak boleh nak buat apa, kerana ianya sudah jadi keperluan semua lapisan rakyat negara ini, Harap Kerajaan carilah pendekatan terbaik untuk mengatasinya.

Anonymous said...

Nampaknya memang betullah teori RAHMAN.

Anonymous said...

klu jdi la benda ni,mmg patut pun ramai bdk2 jdi pencuri n samun...dh la ade caj tsembunyi,nk ade caj lain lak dh...abis la korg nnti...

usin said...

kepala otak lembu. napelah bn ni tak sudah2 carik bala? pikir pakai akal la ngok, org dh bayar dulu kena cukai lebih ke! kalau pakai dulu bayar kemudian lain la cerita. saja nk carik nahas bn ni. 6% ko kira kecik ke. kalau undi bn merosot 6%, sendiri nk jawab? mentang2 sibuk dgn mat sabu, teori kepala lutut mat sabupun bn dh pakai. cikai tul!!!

Anonymous said...

bro cukai perkhdmatan ni sejak 1998 dah gov caj kat pengguna.masa tu telco setuju utk tanggung cukai tu instead of pengguna kene caj.skang ni telco dh xnk tanggung sbb depa tgk prepaid lagi ramai users dr postpaid.so diorg nk buat duit lebih so semua telco berpakat utk tak nak tanggung caj cukai ni lagi.so caj ni pengguna kene tanggung.http://www.thesundaily.my/news/136809

so xadil kita nk salahkan gov.benda ni dh lama caj sejak 1998.kalau nk maki maki telco.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI