Pagi tadi aku ke Kota Tinggi untuk sama-sama memeriahkan Sambutan Kemerdekaan ke 54 Peringkat Daerah Kota Tinggi. Peserta yang berarak dari Arked MARA dan seterusnya berkumpul di Padang Dewan Jubli Intan Kota Tinggi.
Pada pengamatan aku, hampir 4000 orang menghadiri sambutan kali ini. Yang berarak sahaja jumlahnya seramai 1716 orang. Itu angka yang diumumkan oleh pengacara majlis. Kontijen perarakan terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan, parti politik, NGO dan pelajar sekolah.
Menariknya yang aku nak ulas di sini ialah bukan kata nak hantar kontijen perbarisan, malah bendera dan lambang PAS, DAP dan PKR langsung tak nampak. Agaknya suku sakat dia orang ni memang tak ada semangat patriotik langsung. Terlalu sibuk nak berpolitik sampaikan satu acara yang begitu penting dalam kalender negara dilupakan begitu sahaja. Peliknya, rumah terbuka DS Najib di Permatang Pauh, sibuk dia orang tabur bendera.
3 comments:
Tuan, depa ikut Khalipah depa pi Beijing.
Tuan, apasal KotaTinggi sambut awal.
Tersilap tarikh ka?
Bagus juga Johor, Najib silap-silap haribulan terus tak akan sambut 31 Ogos.
Dia dengar kata DAP, sambut Hari Malaysia cukup, sebab kita x pernah dijajah.
Buat itu terlepas ini, buat ini terlepas itu.
Mana ada awai. Dah terlambat dah. Buat sekarang nanti 16 Sep boleh join state level untuk sambut Hari Malaysia.
Bro
PAS DAP dan PKR belum merdeka lagi
kerana masih dijajah oleh BN alias UMNO
Mereka masih menunggu tentera NATO dan Amerika membantu mengebom kubu kuat UMNO
Ejen ejen MOsad alias tali barut mereka sedang berkeliaran mengenal pasti sasaran untuk di bOM
Hidup Buku Hijau
Hidup Kolonel Muammar Gaddafi
Post a Comment