TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 10, 2011

SERBA TAK BETUL

PAS bersikap macam budak kecil. Semua benda hendak direngekkan. Mula-mula minta susu, dah bagi susu nak sirap pulak, dah bagi sirap nak Milo pulak. Sampai bila?

Kalau dulu PAS bersungguh-sungguh merengek nak pakai dakwat kekal semasa pilihanraya. Bila kerajaan bersetuju, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad (orang PAS panggil Ustaz) pulak kata tak guna pakai dakwat kekal. Ini katanya hantu moden ada jari. Aku ingat orang PAS ni semua cakap pakai ikut sedap aje, janji berbunyi dan berfikir menggunakan kepala lutut. (SINI)

Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas terhadap pihak pembangkang. Sikap berterusan berkonfrontasi antara pembangkang dan pemerintah amat merugikan rakyat dan negara. Pembangkang yang suka mengada-ngadakan cerita yang bukan-bukan juga memburukkan imej negara di mata masyarakat dunia.

Banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan negara dan kebajikan rakyat terbazir begitu sahaja dek kerajaan terlalu sibuk untuk menangkis serangan pihak pembangkang. Selaku rakyat, kita berasa rugi, rugi kerana punya pembangkang yang tidak membantu kerajaan dalam membangunkan negara dan juga rugi kerana mempunyai kerajaan yang tiada wibawa dan takut untuk bertindak.

Apakah tempoh antara satu PRU ke satu PRU hanya untuk perang mulut antara kerajaan dan pembangkang? Sampai bila perkara begini harus berlarutan? Selaku rakyat, dewasa ini sudah tidak nampak kesungguhan dan keikhlasan samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk berusaha ke arah memajukan negara dan memakmurkan rakyat. Sebaliknya masing-masing kini terlalu sibuk dengan survival politik. 

Lebih sedih lagi ialah akhir-akhir ini pertelagahan adalah antara 2 parti politik Melayu terbesar iaitu antara PAS dan UMNO, dan terlebih lagi sedihnya PAS yang kononnya parti Melayu Islam, hanya menyerang parti Melayu UMNO sahaja.

Bukankah selaku sesama Islam dan Melayu, adalah lebih baik dan afdal PAS membantu memperkukuhkan kuasa yang ada pada UMNO yang menerajui BN pada ketika ini agar kekuasaan Melayu dan Islam terus kekal di bumi bertuah Tanah Melayu ini.

Atau PAS dengan barisan kepimpinannya yang masih bercelaru akal fikirannya sudah berkeyakinan mampu untuk menggantikan tempat UMNO dan menjadi juara Melayu dan Islam? Kepada pemimpin PAS, diharapkan cermin dulu diri!!!

3 comments:

Anonymous said...

Harap2 malaun ni tak lagi bertanding dJerlun kami mau anak tempatan banyak anak2 tempatan yang lebih layak

Anonymous said...

ya aku rasa pun macam tu? selepas era pak lah ni kita dok layan pembangkang macam anak kecil yang merengek-rengek, tidak macam mahathir dahulu, pembangkang akan disumbat ke dalam penjara dan mereka tidak mampu dan dapat merengek-rengek, maka pembangunan negara dapat di jalankan dengan jayanya. lihat saja twin tower, putra jaya - yang dahulu di hentam pembangkang kini menjadi idaman pembangkang, lapangan terbang antarabngasa kl dan banyak lagi. pembangkang ini semakin dilayan mereka akan terus meroyan. kerana sebenarnya mereka tidak ada apa kerja yang hendak dibuat, kerja mereka bangkang dan kutuk sahaja. sedangkan sebagai kerajaan banyak perkara yang perlu dibuat. puak-puak pembangkang seronok buat ceramah kerana melalui ceramah inilah mereka mendapat wang dari sumbangan orang ramai yang hadir mendengar ceramah caci maki mereka. seronoknya jadi pembangkang selepas caci maki orang, para pendengar siap bagi duit lagi (1/3 untuk penceramah, 1/3 untuk penganjur dan petugas, 1/3 untuk pas kawasan, itu tak termasuk duit minyak dan sewa hotel).

Quantum Metal Consultant said...

PAS jadi budak kecik sebab bapa tiri dan abang tiri, jib dan din layan depa macam tu

ARTIKEL HANGAT BULAN INI