TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, September 27, 2011

TANYA TAUKE DULU!!!

Pemuda UMNO minta teliti mansuh Seksyen 15 AUKU
27/09/2011 9:02pm

SHAH ALAM 27 Sept. — Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang pelajar daripada terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, permintaan memansuhkan Seksyen 15 itu disuarakan golongan mahasiswa menerusi kaji selidik yang dilakukan pergerakan itu tahun lepas.
"Kita harap kerajaan teliti Seksyen 15 AUKU ini bagi memberi peluang kepada penuntut di Institusi Pengajian Tinggi terbabit secara langsung dalam politik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Selangor di sini, hari ini.
Beliau berkata, langkah itu juga sejajar dengan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. — Bernama

Itu pendapat Pemuda UMNO. Bagaimana pulak pendapat anda sekalian. Bagi aku, sekarang bukan masanya yang sesuai untuk kerajaan memansuhkan AUKU atau sebahagian daripadanya. Bukannya apa, bila buat sesuatu perkara berdekatan dengan pilihanraya ni nanti ramai le yang akan berperang menuntut kredit.
 
Selain dari itu, kaji selidik yang dibuat oleh Pemuda UMNO itu hanya dibuat terhadap diri pelajar sahaja, bagaimana pula dengan penaja pelajar? Sebenarnya pelajar ke kolej dan universiti hanya berbekalkan otak dan badan sahaja. Yang menanggung dan yang menaruh harapan kepadanya ialah penaja pelajar tersebut. 

Kena le buat juga soal selidik terhadap ibubapa, abang, kakak, pemberi biasiswa dan yang telah bermodal untuk membolehkan para pelajar tersebut ke kolej dan universiti. Semua pelajar tersebut masih ada tauke lagi di belakang mereka. Jadi kalau nak buat apa-apa, jangan le sampai tauke di belakangkan.

6 comments:

Anonymous said...

Bersih dema pun masuk, walaupun orang tua kata jangan.

Hudud pun dia sokong bercanggah dengan boss besar

Sekarang ni pula. Biasanya pelajar melayu yang kuat politik tapi akhirnya akan rugi sebab di pergunakan orang. Belajar pun nanti tak habis kena disciplin. Duit mak bapak burn. Biarlah pelajar fokus pada yang patut.


Budak ni memang tak ada issue kemajuan nak fikir. Saja2 nak tarik perhatian nak masuk paper(Kan semua perkhidmat rakyat ada KPA media)

Gara2 respond reaktif je. Tak ada yang proaktif. Cubalah menjengkau untuk majukan pemuda pemudi di kampung-banyak yang terbelangkai. Atau carilah jalan untuk memperkukuhkan bahasa english untuk pelajar, dan juga kemahiran interview skill untuk senang cari kerja nanti

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Anon 9:59
Kawan sokong sangat pendapat tuan di perenggan terakhir tu.

HHalem said...

Tuan TIS:-)

Budak KJ ni buang tebiat ker apa.
Dia kasi senjata kpd pelajar/pembangkang untuk attack Najib.

Budak KJ ni baru umoq 35 tahun, memang tak ada akal. Fikiran ada.

Kononnya nak anak muda sokong Pemuda.
Dia tak fikir ibubapa, penaja pelajar. Dia x pernah tahu huru-hara pelajar UiTM buat semenjak zaman RIDA lagi kerana berpolitik.

Contoh terbaik pencetus huru-hara ITM, si Mat Sabu Komunis tu. Kena tendang dari ITM.

Tuan sapa yg jolok si KJ ni?
MInsider tu ka yg tepon sana sini?

TENGGARA is SOUTHEAST said...

HH,
Dia jealous dengan Pok Nik, lately ni Pok Nik selalu dapat headline. Jadi kena le create isu, harap-harap Utusan, BH, NST dan TV-TV ignore aje.

Anonymous said...

Keldai Jantan sekor ni memang dah boleh harap doh. Wat tubek je isu dok kena tem'pat. Gi kunyah rumput doh macam kat Ijok hari 2. Kereyok mulutmu memang sepadan dengan nama.

cacamarba said...

khairy bt survey mcm mana yg dpt jawapan tu.suruh dia cerita sample size dia amik.ni tanya budak2 yg join dia ms bersih dulu mmg la sruh mansuh auku..yg bdak2 ni nk join sgt politik ms duk u pasai apa xtau.last2 yg bodo kna tgkp kt jln,bdak melayu kita.yg msuk paper naik trak polis pn melayu kita..anak cina dgn india ada bising sruh mansuh auku? xdak.bising sbb kerajaan x bg biasiswa ada la.khairy pn..kalo xda jln memajukan,jgn la nk menjahanamkn.buduh serupo beruk..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI