TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, October 3, 2011

ANAK TERENGGANU, CEPAT AMBIL BORANG TANAH

Ni berita baik buat rakyat negeri Terengganu. Kerajaan negeri mempelawa anak-anak negeri itu yang belum mempunyai rumah, memohon tanah untuk tapak rumah dan juga tanah untuk pertanian. 

Bagaimanapun, diharapkan agar DS Mad Said check dulu latar belakang pemohon. Mana yang dah isi dan hantar borang kat Mazlan Aliman, jangan beri lagi. Nanti kalau PAS menang, lebih-lebih pulak tanah dia orang tu.

Penduduk Luar Bandar Layak Mohon Lot Kediaman - MB Terengganu

KUALA TERENGGANU: Penduduk di negeri ini yang masih belum mempunyai rumah sendiri digalakkan membuat permohonan untuk tujuan itu dengan penduduk di kawasan bandar boleh memohon rumah manakala penduduk di luar bandar pula boleh memohon tanah untuk tapak rumah.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, ini kerana tanah untuk tapak kediaman di kawasan bandar sudah tidak ada lagi dan kerajaan terpaksa membina rumah mampu milik untuk mereka."Mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, bolehlah membuat permohonan untuk mendapatkan lot-lot kediaman atau tanah pertanian kerana didapati masih ada lagi tanah-tanah yang boleh diagihkan kepada rakyat.

"Bagaimanapun mereka yang sudah dapat rumah kediaman, kita tidak beri lagi tanah untuk tapak rumah kepada mereka," katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan buku elektronik e-Book kepada 454 murid tahun empat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit serta pembahagian 158 geran tanah kediaman dan tanah pertanian di DUN itu di sini, Isnin.

Ahmad berkata, pembahagian lot-lot kediaman dan tanah pertanian itu adalah sebagai merakyatkan pentadbiran dan mendemokrasikan pembahagian tanah kepada rakyat.Katanya, daripada 158 lot tanah berkenaan, 114 adalah untuk lot tapak rumah manakala selebihnya untuk tanah pertanian.

Pada majlis itu, sebanyak 454 murid darjah empat dari lapan sekolah menerima e-Book melibatkan peruntukan RM454,000. -BERNAMA

2 comments:

Akula said...

mana nak dapat borang apply tanah tuh

KiddO LoVer`s said...

borang ambil kt pejabat tanah kut..hihihi..sebenarnya mengikut akta pon setiap org berhak mohon tanah.janji tanah tu bukan milik org.cari dulu tanah kat mana kosong(bkn tanah org)atau kire nasib la krajaan nk bg kat mane.ujung tanjung ke..pon begitu kita perlu bayar.tp masih berbaloi.nenek aku pon dapat dulu..aku je tak mohon2 lagi.nenk aku dpt kat blakang maktab guru kat kusza tu.org yg duk kt tepi pantai tanjung dulu kerajaan bagi tanah kt teluk ketapang,sbrg takir..tanah kt situ dh naik harga sekarang.untung dorang..syarat bila dpt tanah kena dirikan rumah..reban ayam pon xpe.hihihi..lepas beberapa tahun(6thun kut) dh boleh jual atau tukar name)..selebihnya tanya pejabat tanah daerah.sluruh malaysia adalah layak utk kita mohon.tp kena penduduk setempat.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI