TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, October 3, 2011

MAZLAN ALIMAN TEMBERANG

Selama ni aku tak pernahpun terfikir bahawa Mazlan Aliman temberang kat anak-anak peneroka Felda dengan memberi borang tanah. Aku cuma beranggapan bahawa kalau betul le Pakatan dapat Putrajaya, beruntunglah puak-puak PAS yang dah isi borang tanah tu.

Selepas membaca satu artikel kat Utusan hari ini (SINI), baru le aku teringat. Rupanya hal tanah ni bawah kerajaan negeri, jadi tak ada kena mengena dengan kuasa kat Putrajaya tu. Sepatutnya sekarang ni Mazlan dah boleh bagi tanah kat mereka yang isi borang kat negeri Kelantan, Kedah dan Selangor. Penang nak kasi tanah setakat tanah kubur boleh le.
Saya mintak tanah lebar ni aje....
Kenapa mesti tunggu ke Putrajaya, sedangkan kuasa terhadap tanah terletak pada kerajaan negeri? Kalau betul nak bagi, 3 negeri yang aku sebut kat atas tu Pakatan dah perintah dan ada banyak tanah kosong, bagi le dari sekarang sewaktu masih ada kuasa. Nanti lepas PRU13 belum tentu lagi berkuasa.

Sah, anak-anak peneroka ditemberang hidup-hidup oleh Mazlan Aliman. Borang tu memang namanya diberi percuma, tapi kalau setiap kali edar borang, seorang pegang borang, seorang pegang tong derma, mana percumanya?

Aku harap anak-anak peneroka yang dah isi borang tu, serbu ramai-ramai kat Mazlan Aliman dan mintak dia uruskan agar diberi tanah kat negeri yang sekarang diperintah oleh Pakatan sebelum Pakatan tergolek dog pada PRU 13 ni. Kalau tak desak Mazlan supaya bagi tanah sebelum PRU 13 ni, alamat ko orang kena halalkan le apa yang dah masuk dalam tong tu. Ingat!!! hal tanah tak de kena mengena dengan Putrajaya.

2 comments:

Anonymous said...

cakap pd budak bengong ni, mak bapak dia dulu masuk felda sbb tak cukup makan duduk kampung, cakap juga kalau mak bapak dia tak masuk felda, dia mngkin duduk rumah kebajikan.

Anonymous said...

Aku setuju. Mari ramai-ramai semua anak Felda serang si Mazlan ni. Kita semua mintak tanah kat Kedah, Selangor dan P.Pinang!! Buat apa nak tunggu PRU 13...mereka dah tentu kalah punyer...Kita mintak sekarang ler!! Jom...mintak tanah kat Mazlan.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI