TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, October 5, 2011

GABENOR YANG TAHU NIKMATNYA

Gabenor lulus rang halang larangan berkhatan

SAN FRANCISCO (Amerika Syarikat): Gabenor California, Encik Jerry Brown, telah menurunkan tandatangan bagi meluluskan peraturan menghalang pemerintah tempatan di negeri itu melarang amalan berkhatan.
Kenyataan pejabat Encik Brown mengumumkan bahawa gabenor dari Parti Demokrat itu menandatangani rang undang-undang yang digubal sebagai tindak balas terhadap pungutan suara yang dicadangkan di San Francisco.
Penyokong larangan berkhatan mengumpul lebih 12,000 tandatangan bagi membolehkan pungutan suara dijalankan pada November ini bagi menyekat amalan berkenaan dilakukan ke atas kanak-kanak lelaki.
Ia kemudian dihalang seorang hakim pada Julai lalu.
Menurut kumpulan itu, amalan berkhatan tidak perlu kerana ia boleh menyebabkan masalah seksual dan kesihatan.
Bagi kumpulan yang bersetuju pula, amalan berkhatan dianggap penting dalam ajaran agama Islam dan Yahudi, selain ia dapat mengurangkan risiko barah serta jangkitan penyakit kelamin.
Kumpulan agama lantas menyambut baik tindakan Encik Brown yang melarang pihak berkuasa bandar dan daerah daripada campur tangan jika ibu bapa ingin anak lelaki mereka dikhatan.
'Undang-undang ini mengesahkan bahawa pihak bandaran tidak boleh menarik balik hak ibu bapa untuk membuat keputusan agama dan perubatan bagi pihak anak-anak mereka sendiri,' kata Cik Abby Porth, dari Majlis Perhubungan Masyarakat Yahudi. -- AFP, Reuters.

Mungkin Gabenor California ni dah pernah merasakan kedua-dua pengalaman sebelum dan selepas. Dia tahu betapa nikmatnya.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI