TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, October 6, 2011

HASAN ALI -JAIS TAK SERBU

Hasan Ali Kata Perkataan 'Serbu' Tak Sesuai Digunakan Kerana Jais Tak Serbu Cuma Periksa

SHAH ALAM: Perkataan 'serbuan' yang digunakan secara meluas bagi merujuk kepada tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu sebenarnya tidak sesuai.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, Jais yang sekadar melakukan 'pemeriksaan' di sekitar premis itu dan tidak sama sekali menggunakan sebarang tindakan kasar seperti menyelongkar atau membuka pintu gereja itu secara paksaan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan itu disebut sebagai serbuan. Tetapi siapa yang menyerbu? Serbuan melibatkan tindakan menyelongkar dan memecah masuk secara paksaan..."

“Tetapi periksa lain maknanya...Apakah pihak media sendiri menyaksikan peristiwa itu atau benar-benar faham apa yang sebenarnya terjadi?” soalnya kepada para peserta Seminar Pelaksanaan Polisi dan Strategi: Peranan Media Dalam Menghadapi Ancaman Pemesongan Aqidah di Hotel Concorde di sini, Khamis.

Hasan menambah, beliau dan lain-lain anggota Exco terpaksa berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ekoran arahan yang dikeluarkan berkaitan isu tersebut.

Sementara itu dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian seminar itu, Hasan menjelaskan beliau tidak bermaksud mengatakan yang media sentiasa memberi laporan yang tidak tepat tetapi terdapatnya kecenderungan ke arah itu.

Beliau juga meminta pihak media agar memahami aspirasi dan misi Jais.

“Saya tidak minta media menyokong Jais tapi saya hanya ingin media fahami tugas dan tanggungjawab Jais,” jelas Hasan.

Pada 3 Ogos lalu, pegawai-pegawai Jais dikatakan memasuki premis DUMC, yang mana ketika itu sedang berlangsung majlis kesyukuran yang turut dihadiri oleh 12 orang penganut agama Islam.

Pihak penganjur berkata, ia adalah majlis bersifat 1Malaysia dan bukannya majlis untuk mengkristiankan penganut agama Islam yang menghadirinya. -MStar

Media mana ya yang sibuk mengatakan JAIS serbu? Rasanya semua tahu. Mungkin masalah wartawannya yang kurang perbendaharaan kata Bahasa Malaysia. Maklumlah...

2 comments:

zahari1950 said...

"Serbu" juga bermaksud mendatangi secara tiba-tiba dan tergesa-gesa ke "lokasi" berkenaan. Maksud "serbuan" juga boleh jadi bermacam-macam. Samada mahu mengepung, mahu buat pertanyaan, sangat teruja, mahu mengambil kesempatan, merasakan sudah terlambat, takut ketinggalan, takut terlepas, dihimpit perasaan ingin tahu situasi pada masa itu dan bermacam-macam lagi. Dalam kes gereja DUMC, perkataan "serbu" yang digunakan pelbagai pihak bagi menggambarkan tindakan JAIS mendatangi gereja DUMC adalah betul dan mencapai maksud. Cara perlaksanaan tugas oleh JAIS adalah satu perkara yang lain. Samada menggunakan kekerasan, timbang tara, pujukan, perundingan atau hanya menunggu dan lihat adalah pilihan kepada pihak yang "menyerbu". Bagi orang Islam, arahan YB Dr Hasan Ali supaya JAIS menyerbu gereja DUMC adalah betul kerana maklumat mendedahkan gereja tersebut didapati telah/sedang melakukan perbuatan memurtadkan orang Islam. Kepada YB Dr Hasan Ali, sebagai orang yang berperinsip, jangan mengundur diri. Berpolitiktu berpolitiklah. Tetapi kesucian agama Islam perlu terus dipertahankan.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Setuju dengan Tuan Panglima Lembah Belum, tindakan DDr Hasan Ali kita kena sokong.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI