TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, October 31, 2011

NIK AZIZ PUN DAH BOSAN DENGAN HUDUD

Susulan dari kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek berkaitan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia, PAS melalui Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengecam dan menyatakan kesalnya terhadap ketua MCA tersebut yang menurutnya akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama.
Sepatutnya Tuan Ibrahim tak boleh kata gitu, apatah lagi menyalahkan UMNO. Kalau setakat nak menyalahkan orang lain, ramai lagi orang yang boleh buat. Sepatutnya sebagai Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim bertanggungjawab memberikan penerangan kepada Soi Lek agar dia faham. Tak boleh nak harapkan UMNO yang beri penerangan tentang hudud. Ini kerana pelaksanaan hudud ni PAS lebih arif dan lebih maklum. Nanti kalau UMNO yang beri penerangan, takut tersilap pulak. Maklumlah, PAS juga yang kata orang UMNO jahil-jahil.

Kena la kuat sikit dakwah tu. Nasib baik bila Karpal Singh mengatakan bahawa pelaksanaan hudud akan meningkatkan lagi kadar jenayah, PAS tak salahkan UMNO.
Kalau DAP yang bersekongkol dengan PAS masih lagi tak jelas dengan hudud yang hendak PAS bawa, bagaimana MCA yang jauh nak faham. Tak boleh salahkan MCA. Tak boleh salahkan UMNO dan tak boleh juga salahkan DAP.

Kena renung diri sendiri dahulu, apakah dah cukup penerangan yang diberikan. Ini tidak, bila ada peluang bercakap kat ceramah, bukannya nak terangkan berkaitan cantiknya hukum hudud, tetapi sibuk nak bercakap tentang betapa hodohnya UMNO. Sampai bila orang nak faham hudud PAS?

Nak harap Pok Nik?... Pok Nik pun nampaknya macam dah bosan nak cerita pasal hudud ni dan dalam FBnya Pok Nik dah declare bahawa apa-apa berkaitan hudud Kelantan, kenyataan hanya akan dikeluarkan oleh YB Dato Mohd Amar Abdullah.

2 comments:

HHalem said...

Konteks Perlaksanaan hanya dikeluarkan oleh Amar sahaja.

Amar ni Timbalan Pengerusi Jkuasa Teknikal.

Tuan tau Pengerusi dia buat apa?

Klu tunggu Amar sahaja, bila masa akan keluar.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Ahmad Yaakob sibuk dengan projek billion-billion.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI