Setelah kecewa rayuan mereka tidak dilayan oleh kementerian pelajaran, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) hari ini mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campurtangan. Mereka hari ini menyerahkan memorandum kepada PM yang diterima oleh seorang pegawai Khas PM.
Sedangkan TPM sebelum ini telah menyatakan bahawa isu PPSMI telah muktamad. Apakah dasar PM dan TPM berlainan. Nampaknya PAGE memang tak reti bahasa dek asyik berbahasa Inggeris. Lihat sahaja komen-komen pembaca MK mengenai PAGE ini.
4 comments:
As salam TIS
Banyak juga orang Melayu yg menghina Datin dan ibubapa lain rupanya. Cuba baca blog Tunku, Outsyed the box dll yg mempunyai beratus2 komen yg mahukan PPSMI. Semasa Tun M membuat undian, puluhan ribu yg menyokong PPSMI. Apa yg PAGE mahu adalah 'option'. Yang tak suka boleh terus dgn sukatan BM, tiada paksaan.
Rata2 yg tak suka PPSMI adalah kerana mereka tidak boleh menguasai BI. Seringkali kemiskinan dijadikan alasan. Sy juga pernah jumpa guru yg memaki hamun kerana tidak boleh mengajar dlm BI tapi boleh duduk diwarung berjam2 dari meningkatkan diri dgn BI. Ini adalah kisah benar. Pasangan ini tinggal berdekatan dgn rumah ibu saya dikampung...
Si suami adalah seorang kerani dan isteri dia jawatan PAR dijabatan kerajaan dan ada 2 orang anak. Sepatah haram pun tak boleh cakap BI. Yg herannya, dua2 anak dia mewakili sekolah debat dalam BI. Baik PMR dan SPM, dua2 straight 8A. Kemudian anak masuk U, satu medic dan satu lagi pharmacy universiti swasta dengan scholarship penuh. Bila saya tanya macam mana dia buat? Isteri dia kata, dia dan suami tak pernah jemu usaha dan usaha, menangis dan susah tu tuhan aje yang tahu. Dia makan lauk apa pun orang tak tahu, yang penting dia kumpul duit untuk bantu dan belikan buku dan kemudahan untuk anak2 dia. Biasanya dia suruh anak dia tengok movie BI tapi sarikata BM yang dibawah tu ditampal supaya anak dia mahir mendengar. Saya terdiam. Patutlah tuhan balas usaha dia.
eden seronok membaca tuntutan Page dan jugo komen yang diutaro kan disini. Ado pro ado contranyo. kalo kito poi ko paris mishalnyo dan kito cakap dalam bahasa inggeris. bo layanlah. tapi kalo kito buet buet tak roti cakap BM dongan oran Paris dio akan terkapai kapai kerano dio tau kito oran luar. bilo dah tak bolih maju baru cakap BI barulah dapet jawapan. Ini menunjukan bahawa oran Prancis mengutamo kan bahsa dio lobih dari BI.dio bangga dengan bahasa ibundo dio. jadi disini kito kono fikir lah apo yang kito hendak. Oran jopun bolih katokan 80-90% tak pandai BI tapi bilo dio dihantar ke Thailand atau Indon dio belajar untuk membolihkan dio berkomunikasi dongan oran tempatan. Tapi bilo dio disini dio tak belajar pun BM kerano kebanyakan oram malaysia bolih berbahsa inggeris jadi dio pun bertutur dalam BI lah.
tintang saranan saoran guru diatas agar oran Page hantar anak dio ke sekolah swata itu cadangan yang baik kerano dio ado duit.Kalo eden tak salah Datin ni pun asal dari kampong-kelante. jadi tengok tengok oran kampong samo ado mereko bolih berbahsa inggeris.

jangan perjudikan nasib pelajar2 kte..lebih elok klu pelajar diberi pilihan...
Post a Comment