TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, October 31, 2011

LAMBAT LAGI PAKATAN NAK JADI SATU PARTI

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjangkakan sistem dua parti akan menjadi realiti sekitar lima tahun lagi dan paling lewat 10 tahun dari sekarang. Maknanya Pakatan yang ada sekarang masih belum serasi lagi.
 
Orang dulu-dulu cakap, bertunang lama-lama tak baik, nanti banyak bohong dari benarnya, banyak buruk dari baiknya. Nampaknya PAS, PKR dan DAP hanya nak berseronok-seronok aje.

Mungkin masing-masing semuanya tengah pasang cita-cita besar. Kalau sekarang bersatu jadi satu parti, memang sah akan berlaku perebutan kuasa dan kemudiannya rampasan kuasa. Ini kerana semua ahli dalam Pakatan sekarang tengah gilakan kuasa.

Agaknya bila dah jadi satu parti nanti, ketua Pakatan akan memakai gelaran apa ya, apakah Presiden, Setiausaha Agong, Ketua Umum atau Mursyidul?


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI