TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, October 18, 2011

PAS NAK SURUH ORANG TIDUR BERLAGA BONTOT

Semalam sahabat HHalem tulis, Pok Nik bagitau orang dulu tidur berlaga belakang sebab tak mampu nak beli selimut (sini). Kali ni mungkin ramai orang Kelantan akan tidur berlaga bontot pulak kalau undang-undang yang dicadangkan kat bawah ni diluluskan.
KOTA BHARU 18 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan akan mempertimbang untuk melaksanakan undang-undang yang lebih berat termasuk hukuman penjara dan sebat bagi kes perceraian tanpa sebab munasabah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan perkara itu bagi mengelakkan peningkatan jumlah perceraian.

"Kita akan pertimbangkan,” katanya ketika menjawab soalan Hassan Mahmood (Pas-Tawang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Tanpa menyebut jumlah perceraian di Kelantan, Wan Ubaidah berkata, kadar perceraian di Kelantan sejak 2005 hingga 2010 ialah 14.67 peratus. – Bernama


Apataknya, kalau lulus aje undang-undang ni kat Kelantan, maka ramai le yang duduk serumah menipu perasaan sendiri dan menipu orang ramai sebab nak bercerai takut sebab hukumannya berat. Nak bersama dah tak serasi, seorang tengok muka yang sorang lagi dah macam muka anjing, macam mana nak bersama.


Nak tido asing-asing takut pecah tembelang kat anak-anak atau adik beradik bila balik kampong. Maka terpaksalah tido berlaga bontot.

Bila pemerintah memberikan hukuman yang terlalu berat terhadap perceraian ni, seolah-olah cerai tu dosa besar, sedangkan perceraian perbuatan halal cuma tidak disukai oleh Allah SWT. Apakah PAS nak mengharamkan yang halal?

2 comments:

HHalem said...

Rumit niii:_)

Nak sebat orang yg kasi cerai atau yg minta cerai.

Atau belasah dua-dua sekali.

Apa sebab2 munasabahnya.?
Apa yg munasabah pada mata PAS?

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Susah nak jawab ni...takut nanti org Kelantan cerai diam-diam dan masih tinggal serumah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI