Bila keluar sahaja laporan audit, bukan main suka lagi Tuan Ibrahim Tuan Man. Sedap aje dia cakap ia sebagai bukti UMNO san BN gagal urus wang negara. Melihatkan kepada sokongan dari golongan professional sekarang yang agak besar jumlahnya kepada puak PAS dan Pakatan, tak bolehlah segala-galanya disalahkan kepada UMNO dan BN. Ini kerana belum tentu lagi kumpulan pelaksana yang terdiri dari kakitangan kerajaan tersebut dari parti UMNO dan BN.
Sepatutnya sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan sayangkan negara, hal-hal sebegini bukanlah untuk tuding menuding kepada pemerintah, sebaliknya haruslah berganding bahu mencari dimanakah silap dan berlakunya ketirirsan tersebut.
Menuduh UMNO dan BN boros berbelanja tentu sekali tidak tepat dan tidak dapat diterima oleh kebanyakkan rakyat. Ini kerana jika kita melihat kepada Belanjawan 2012 dan Belanjawan Alternatif, keduanya hampir serupa sahaja. Maka siapa pulak yang berlebihan dan siapa pulak yang berhemah?
Sekurang-kurangnya kerajaan bertanggungjawab menjadikan laporan audit sebagai umum. Semua lapisan rakyat boleh menilai.
Bagaimana dengan tabung-tabung PAS. Adakah ianya diaudit. Sedangkan tabung masjid setiap masa diaudit dan dibentangkan laporan kewangannya. Rasanya tidak sedikit sumbangan yang PAS dapat dari tabungnya yang berada di merata tempat mengalahkan jumlah Pejabat PAS di Malaysia ini. Kemanakah perginya wang tabung sumbangan?
No comments:
Post a Comment