TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, October 25, 2011

HUDUD PAS LUM SIAP LAGI, KENA TEMBERANG POK NIK

Bila bercakap bab pelaksanaan hudud di Kelantan, rasanya dah bermacam alasan Pok Nik keluarkan untuk menyalahkan orang lain atas kegagalannya. Dari alasan ugutan mantan PM, Tun M, isu perlembagaan, gagal di parlimen gara-gara UMNO, semuanya sudah. Cuma yang belum dengar ialah Kelantan belum melaksanakan hudud lagi kerana Pok Nik belum dapat langkah mayat Karpal.
Apapun cuba kita baca dulu keratan berita Harakahdaily di bawah ini;

Hudud: Kelantan temui PM selepas segalanya selesai 

SHAH ALAM, 25 Okt: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kerajaan Kelantan akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud setelah segalanya selesai.
"Kita sebenarnya sudah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk bertemu beliau membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

"Tetapi sebelum kita bertemu dengan beliau, kita perlu dapatkan keputusan dari Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah 2 barulah perkara tersebut kita dapat bentangkan dengan lebih baik," jelasnya pada sidang media selepas program wacana di Kompleks Karangkraf di sini, petang ini.
Selanjutnya, klik SINI

Kenyataan di atas adalah dari EXCO Kelantan sendiri. Sangat jelas maksudnya bahawa banyak lagi kepincangan dalam persediaan hudud yang ingin dilaksanakan PAS Kelantan sehingga memaksa mereka belum bersedia untuk bertemu dengan DS Najib!!!

22 tahun berangan-angan, bukannya 22 tahun merancang. Nah...sekarang tersangat jelas bahawa hudud tidak dilaksanakan di Kelantan kerana masih ada kepincangan yang belum selesai. Mengapa Pok Nik takut untuk mengakui hakikat sehingga memaksa orang lain pulak yang memikul kesalahannya? Bagaimana nak laksanakan kalau untuk dibentangkan depan DS Najibpun belum bersedia?

Tidakkah Pok Nik berasa bersalah kerana selama ini menyalahkan orang lain? Atau ilmu Tok Guru memang pakarnya meletakkan kesalahan di bahu orang lain kerana Tok Guru terlalu mulia dan tak layak memikul kesalahan di bahu sendiri?

Apakah alasan Pok Nik selepas ini selepas pendedahan EXCOnya sendiri?

Exconya pun panjang akal dan pandai mengakal juga. Apa tidaknya, menurutnya surat untuk bertemu DS Najib telah diutus tetapi ada berlapik dengan perkataan akan berjumpa hanya setelah bersedia iaitu dengan laporan dari Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah 2. Jawatankuasa berkenaan secara rasminya baru semalam ditubuhkan. Rupanya PAS hanya menjual hudud untuk modal politik sahaja!!!

4 comments:

Anonymous said...

Kita pAs ibarat 'Kata Dulang paku serpih.Kata orang kita yg lebih'...SElamat Tinggal Pas Buat selama lama nya.


Ahli Ahli Pas Bukit Gantang Perak

Anonymous said...

Apabila dimomokkan selama lebih 20 tahun, ada yg masih percaya, ada yg keliru dan ada yg dah meluat benci. Begitulah lumrah manusia. Jangan berpolitik dgn Allah kerana Allah mengetahui apa yg nyata & apa yg kamu sembunyikan. Allah itu lebih hampir dgn kamu dari urat leher kamu sendiri.

Anonymous said...

kalu tak kecek belawok buke PAS namanya.pade muko ore kelate kena tipu hidup2 denge pok nik wali slipar tunggul kayu mati.

Anonymous said...

Sian Pok Nik.. Dulu orang tak kacau sgt dia nak perintah Kelantan tapi semenjak dah jadi pengikut Anwar Al-Jub, Lim GE dan Karpal , teruk dia kena belasah.. tu la Pok Nik salah pilih kwn.. Yg sebangsa seagama dia pergi kafirkan.. Balasan Allah agaknya..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI