TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Saturday, November 26, 2011

AMK UGUT SISTEM KEHAKIMAN NEGARA

Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan satu demonstrasi dalam menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu,  Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Ini secara terang-terangan mengugut sistem kehakiman dan perundangan negara. Mahkamah wajib dibiarkan membuat keputusan hasil perbicaraannya tanpa ada sebarang rasa tertekan atau ditekan. Sikap pembangkang akhir-akhir ini yang sering mempolitikkan segala keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada pihak mereka sangatlah merbahaya.

Apakah semua pemimpin pembangkang maksum dan bebas serta bersih dari melakukan sebarang kesilapan? Sikap terlalu taksub kepada pemimpin hinggakan membutakan mata terhadap kesalahan pemimpin mereka hanya akan membawa kehancuran sekiranya mereka berkuasa.

Seharusnya sebagai penyokong dan pemimpin yang waras, bukanlah dengan mengajak rakyat menidakkan kesalahan pemimpin tetapi mereka harus mendesak Anuar Ibrahim menyahut segala cabaran-cabaran yang telah dikemukakan oleh pihak lawannya dalam menentukan ketidakbersalahannya. 

Mengapa tidak desak Anuar bersumpah dalam kes liwat? Mengapa tidak desak Nuar saman pihak yang membekal dan menyiarkan video seknya dalam kes seks dengan China Doll. Mengapa mesti menyusahkan rakyat terbanyak hanya kerana seorang manusia bernama Nuar Berahim yang kalau nasibnya tak sebaik sekarang, mungkin hanya seorang penjaja laksa di Cherok To' Kun?

Pejuang yang tulen hanya akan menyusahkan pemimpin yang dikatakan bermasalah supaya membuktikan dirinya tidak bermasalah dan bukannya mengheret rakyat terbanyak untuk sama-sama melindungi dan membentengi kesalahan pemimpin. 

Diharapkan agar rakyat tidak terpengaruh dengan ajak-ajakan bodoh ini. Sebenarnya memang terdapat segelintir manusia yang memang hidupnya bergantung kepada kekayaan Nuar dan bimbang dengan ketiadaan Nuar Berahim, mereka akan hidup susah dan merana.


3 comments:

Anonymous said...

bro...sam ketot and the gengs ni kau jangan layan lagi...siapkan senjata taji aja diorang ni...

Anonymous said...

Siketot ni patut sibunuh sahaja.

Anonymous said...

ni la bila dh taksub sgt dgn pemimpin..kalau dh mahkamah ckp salah, salah la..nk bangkang apa lg..buta mata, buta hati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI