TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, November 9, 2011

HAJI MABRUR : AJARAN SILAP TUAN IBRAHIM

Siapa Tuan Ibrahim Tuan Man nak mengajak rakyat menilai mabrur tidaknya ibadat Haji DS Najib dan Rosmah? Apakah pandangan mata kasar Tuan Ibrahim sama dengan hidayat Allah yang tersembunyi? Alangkah baiknya jika kita berbaik sangka dari terus menanam sifat buruk sangka terhadap orang lain. Baca tulisannya di Harakahdaily.

Apakah hanya menurut kehendak politik PAS sahaja dapat menjamin kemabruran haji DS Najib? Ilmu mana yang Tuan Berahim belajar? 

Bahayanya bila Tuan Ibrahim mengajak rakyat untuk mempercayai bahawa DS Najib hanya mendapat haji yang mabrur sekiranya segala tuntutan mengenai pilihanraya oleh PAS dan sekutunya dipenuhi dalam erti kata lain tidak dibuat pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Bagaimana sekiranya di sana DS Najib bermunajat kehadrat Allah memohon petunjuk demi kebaikan umat Islam di Malaysia ini, demi kesinambungan kekuasaan Islam di Malaysia ini, memohon agar Allah SWT memberi petanda-petanda ataupun petunjuk-petunjuk tepat untuk membolehkannya membubarkan parlimen dan dengan rahmat Allah diberikan petunjuk bahawa pada 11.11.11 ini adalah yang terbaik, maka masih dianggap hajinya tidak mabrur?

Apa relevannya mengaitkan beg tangan Rosmah dengan mabrur tidak hajinya? Suruhlah orang yang mula bercakap tentang beg tangan Rosmah tu pergi haji dulu, kita tengok mungkin di Mekah nanti dia melolong seperti Mak Lampir.

Tak perlu politikkan ibadat orang lain untuk politik. Mulut-mulut sial sebeginilah yang menyebabkan agama lain terikut-ikut berani mempertikaikan ibadat kita umat Islam. Kopiah bertenggek atas kepala, tetapi bila bercakap sebiji macam Yahudi (cuma bezanya kopiah Yahudi kecil).

2 comments:

Anonymous said...

Nik Aziz tu dpt haji mabrur ke? Knp sampai sekarang masih tak mahu berundur dan buat fatwa songsang?

Anonymous said...

teruk2..tuan berehem nie..muka nampak warak..busuk macam bangkai hati perut rupanya

ARTIKEL HANGAT BULAN INI