TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, November 20, 2011

KONGRES KEADILAN UNTUK MABUKKAN DAP DAN PAS

Kongres Nasional KEADILAN kelapan bakal berlangsung di Pulai, Johor selama tiga hari daripada 25 hingga 27 November ini menampilkan logo Kuda Kepang

Pemain kuda kepang mabuk

Logo Kuda Kepang ini dihasilkan oleh sendiri oleh Sekretariat Kongres KEADILAN bersama Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution. Biasanya logo akan mempunyai maksud yang tersirat, maka sebab itulah ianya dinamakan logo.

Melihat logo Kuda Kepang memang menarik. Bagaimanapun eloklah kita melihat apa yang tersirat disebaliknya. Sebenarnya Keadilan yang semakin dilihat tidak relevan sekarang ini, terutamanya di mata DAP Johor mungkin mempunyai agenda tersirat untuk DAP dan PAS. Maka kongres ini adalah tempat untuk mereka merencanakan segalanya.

Kuda kepang merupa simbol untuk wadah yang akan mereka tawarkan kepada DAP dan PAS. Sekiranya berjaya, kuda kepang jugalah akan disajikan kepada rakyat.

Umum mengetahui, Kuda Kepang adalah permainan rakyat. Bagaimanapun sesiapa yang ingin memainkan Kuda Kepang harus menerima hakikat bahawa akhirnya mereka akan dibimbing oleh Tok Dalang. Ini kerana biasanya, pemain Kuda Kepang akan kehilangan ingatan, mabuk dan "naik syeh". Bila dah hilang ingatan, dah mabuk, maka ketika itu Keadilanlah yang akan menjadi Tok Dalang mereka.

Selain dari itu, pemainan Kuda Kepang ini juga akan dipenuhi dengan kemenyan, jampi serapah dan juga bomoh. Agaknya ikhtiar terakhir Nuar ialah menggunakan bomoh kut.

Begitulah liciknya Nuar dan Keadilannya merencanakan sesuatu. DAP dan PAS akan disajikan dengan Kuda Kepang, tetapi Nuar sendiri naik kuda tocang.


2 comments:

Anonymous said...

tok dalang dia adalah DAP...pkr kena tunggang dgn DAP

Anonymous said...

si pudin tu lembu!!! sebab akhir2 ni dia terlalu obses dengan lembu!!! semua berkaitan dengan lembu menjadi tajuk utama politik dalam kepala otak dia... pelik dia pilih kuda pulak, bukan lembu!!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI