TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, November 20, 2011

KOTA TINGGI SESAK MENYAMBUT BOB LOKMAN

Parlimen Kota Tinggi mempunyai pengundi berdaftar hampir 30,000 orang. Agak-agaknya dengan kehadiran pada majlis anjuran PAS dan Pakatan Parlimen Kota Tinggi malam tadi, terjejas ke undi BN di Kota Tinggi?

Ada tak 10,000 orang.....

Aku tak mahu le bercerita pasal Bob Lokman kat sini. Ini sebab kat Johor dia tak popularpun, malahan samada juruacara mahupun 3 penceramah awal sebelum Bob Lokman, tak da sorang pun yang memanggilnya dengan gelaran Ustaz. Jelas Bob Lokman belum layak dipanggil Ustaz kat Johor.

Dalam kira-kira 70 orang (kiraan kasar aku) yang hadir, aku berminat nak cerita pasal satu Pak Cik ni. Dia tak duduk kat atas tu, tapi anak beranak duduk dalam van Mitsubishi Delica. Akupun buat le baik kat Pak Cik ni dengan menegurnya dan dijawab dengan baik oleh Pak Cik tersebut.

Dalam van tu rupanya semua anak-anak dia dari yang bujang, anak dara dan yang masih bersekolah. Itu menurutnya. Aku ingatkan Pak Cik ni datang kerana menyokong PAS, rupanya dia datang bawak anak-anaknya yang menurutnya bebudak sekarang ni tak tau memilih antara intan dan kaca.

Menurutnya dia datang supaya anak-anaknya menilai, kerana yang berucap sebelum Bob Lokman tu semuanya bakal-bakal calun Pakatan nanti sebab semuanya pernah kalah bertanding dahulu. 

Dia mempersoalkan kepada anak-anaknya, bagaimana seseorang tu, kalau belum jadi pemimpin dan berkuasa lagi dah maki hamun dengan kepala hotak, mak bapak, haramjadah dan sebagainya kepada para pemimpin dan penjawat awam, bagaimana pulak nanti agaknya perkataan dan perbuatan mereka jika ada kuasa?

Aku salute kat Pak Cik tu dalam menyedarkan anak-anaknya. Tak rasa rugi duit minyak aku ke Kota Tinggi malam tadi. Sibuk berbual dengan Pak Cik tu, aku tak dengar apa yang Bob Lokman merepek.

13 comments:

Anonymous said...

PasBOB RoundPants..

Unknown said...

Salam Sdr Enalrahim,

Hehehe....padan muka dia. seramai itu yg dtg?..memalukan..memang memalukan..

TENGGARA is SOUTHEAST said...

W'salam,
Bob macam tak keluar suara, agaknya terperanjat!

Anonymous said...

VIDEO PENGAKUAN NIZAM KICAP TERIMA RASUAH!

Gerakan Timur said...

Bob who?

Unknown said...

PAS di Johor??? Sebagai anak jati Johor rasanya PAS dan PKR jangan haraplah nak bertapak di sana. Simpang Rengam...mungkin satu kawasan awal yang sedikit kuat pengaruh PAS. Pontian...satu lagi yang meungkin dalam keadaan sama. Tempat lain...saya rasa hilang wang deposit nanti.

Satu lagi, PAS, PKR dan DAP jangan cuba bermain api di Johor (malah mungkin di mana-mana di Malaysia). Mereka bukan sahaja akan hilang pengaruh tetapi juga hilang kredibiliti dan integriti sendiri. Percayalah....

Ular Menyusur Akar said...

PAS di Pontian? Kawasan Benut bolehlah......

Anonymous said...

mengapa tidak:)

rakab said...

Pengaruh Pas/pkr di Johor tu umpama hidup segan mati tak mahu..!!

Bob Siamang tak perlu laa nak membuang masa.....orang Johor tak mudah di kelentong...

Anonymous said...

Tak payah lah lah nak buang masa mendengar si BOB LOKTANG ni merepek.

Dengar BOB DYLAN lagi baik.

Dengar orang BODOH berbual takut teikot jadi BODOH jugak.

JanganJadiKeldai said...

Silap-silap terbodoh macam si Bob. Hehehe rentikanlah.

Anonymous said...

tengok muka bob lokman ni harus di baling dengan NAJIS..dia ingat orang johor nak sangat dengar ceramah dia kot..hahaha beranganlah kau bob lokman sebenarnya orang johor tunggu masa je nak baling kau dgn NAJIS

Nok said...

Bob lokman ni...satu hari nanti apabila lepas mengundi...di takdirkan pas bungkus...dimana tiada lagi kempen2 politik diadakan kemana dia nak pegi...nak bagi ceramah agama dia bukan ustaz betul qualified...pengetahuan agamanya pun cetek....apa di nak buat??? memang rezeki tu mana2 pun ada....

tetapi aku rasa dia akan menyesal apabila kawan2 nya berjaya di bidang seni...., kerana sebelum ni asyik kutuk org seni....kata rezeki tak halal lah macam2 lagi.....anak sedang membesar memerlukan berbagai keperluan...esok jgn kata salah umno apabila anaknya tak menjadi.....tunggu dan lihat.....ingat setakat ceramah agama yg tak seberapa tu belum tentu menjamin masa depan anak2 beliau....kelak...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI