TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, November 8, 2011

MANA KEBAJIKANNYA NEGERI SELANGOR?

Puak Pakatan begitu beria mempromosi Negeri Berkebajikannya. Nampaknya mereka hanya pandai bercakap, tapi tidak untuk melaksanakan. Malahan merekalah pemerintah lintah darat yang memakai topeng.

Berita di bawah ini telah berlalu untuk beberapa hari, saja aku biarkan untuk melihat kalau-kalau ada reaksi dari puak Negara Berkebajikan. Seorangpun tiada yang berbunyi.

Tetapi bila PTPTN "baru bercadang" nak hentikan pinjaman sarahidup kepada pelajar, bermacam tohmahan dan cacian dilemparkan oleh mereka. Itu baru cadang nak hentikan pinjaman sarahidup, belum lagi kata nak tutup terus PTPTN.

Nampaknya dalam mencari keuntungan, kerajaan Selangor tak memilih bulu, hatta kepada bebudak yang masih menuntut juga nak ditibainya. Itulah kebajikan yang dilaungkannya. Apa yang rakyat rasa, apa yang rakyat derita, itu tak penting. Apa yang penting ialah perlumbaan untuk menunjukkan "bottom figure" apa yang mampu kerajaan kumpul. Bagaimana kerajaan menjananya, itu tak penting, walaupun rakyat menjerit-jerit membantah.

Sepatutnya di negeri yang kononnya mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan, perkara sebegini tidak berlaku. Piirah dengan mereka-mereka yang sibuk mengutuk kerajaan pusat dan yang sibuk mendesak kerajaan BN untuk melaksanakan pendidikan percuma. Mana Mat Sabu? Mana Deris Ahmad?....kalau salah UMNO, yang sebesar saga dijaja laksana sebesar gunung, tapi kalau salah DAP, PKR dan PAS walaupun sebesar gunung, semua mereka ada ilmu David Copperfield untuk menghilangkannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI