Melalak Mat Sabu bila dengar cadangan PTPTN nak hentikan pinjaman sarahidup untuk pelajar. Aku ingat orang PAS tak kebulur duit yang keluar dari idea kerajaan BN. Selalunya apa saja dasar yang diperkenalkan oleh BN, tak pernah ada yang baik pada mata orang PAS.
Berlainan pulak bila bab duit, cepat Mat Sabu melenting. Itu baru acah aje. Agaknya ramai anak-anak PAS kat IPT yang memakan budi PTPTN yang dihasilkan oleh kerajaaan BN.
Hilang garang Mat Sabu. Mat Sabu tak pandai control macho. Patut bila PTPTN umum untuk berhentikan pinjaman sarahidup untuk pelajar IPT, Mat Sabu lawan le semula agensi yang diwujudkan oleh kerajaan BN ni dengan memperkenalkan pula pinjaman sarahidup PAS. Begitu banyak tabung-tabung PAS yang wujud di merata pelusuk negara, tak kan setakat nak buat satu tabung untuk bagi pinjam (bukan bagi) kepada para pelajar yang nak menuntut pun PAS tak mampu?
Nampak sangat Mat Sabu juga turut membenarkan bahawa selama ini kerajaan BN memang baik. Idea kerajaan BN memang bagus. Idea kerajaan BN memang memberi muafaat kepada rakyat. Cuma Mat Sabu and the geng saja hati busuk ajak rakyat benci kerajaan, sebab mereka tak ada idea yang baik untuk rakyat.
1 comment:
mat sabungol
Post a Comment