TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, November 26, 2011

MAZLAN ALIMAN DISUNTUT PEMIMPIN PKR

Mazlan Aliman bakal dibisukan oleh pemimpin PKR. Cita-cita Mazlan Aliman untuk menjadi menteri yang menjaga hal ehwal Felda sekiranya Pakatan menguasai Putrajaya dikuburkan.

Beberapa hari yang lepas, Nuar Ibrahim melancarkan "Janji Polong" untuk peneroka Felda. Mazlan Aliman yang beberapa tahun sibuk dengan Felda bukan sahaja tak hadir, malah langsung tak disebut. Yang disebut oleh mereka-mereka yang berucap ialah PKRlah yang kononnya mengenalkan peneroka dengan tindakan undang-undang terhadap Felda. 

Pada Kongres Kuda Kepang, sekali lagi mereka berteriak macam kuda, untuk menguasai Johor, mereka mesti menguasai Felda. Sekali lagi pemimpin PKR nak serbu masuk Felda di Johor. Mereka nak langgar PAS! Walhal PAS yang sibuk sebelum ni kat Felda-Felda di Johor. Mereka macam tak percaya dengan usaha Mazlan Aliman.

Ya lah....Mazlan Aliman siapa? Sedangkan Hadi Awang yang lebih ramai pengikutnya pun dinafikan dari menjadi PM sekiranya Pakatan memerintah, apa yang nak diherankan. Kongres Kuda Kepang manjadi medan joki-joki PKR menunjukkan kehebatan mereka mengampu Nuar Berahim. Maklumlah, pilihanraya dah nak dekat.

2 comments:

HHalem said...

Pasai apa Mazlan x hadir gak-gak nya?

mesti ada kes besar ?

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Silap-silap PKR tak inform dia pun. PKR nak jadi juara Felda pulak.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI