TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, November 1, 2011

MIC SAYANG KE TIDAK LAGI KERUSI DUN JOHOR

Presiden baru MIC G Palanivel selalu sahaja membuat kenyataan yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Anee.....tengok depan, jangan pusing belakang!!!
Terbaru, Palanivel menggesa kerajaan menkaji semula keputusan memansuhkan PPSMI, sedangkan TPM sebelum ini telah menyatakan bahawa keputusan memansuhkan PPSMI adalah muktamad. Tidak ada apa lagi yang hendak diperbincangkan lagi kerana menghapuskan PPSMI bukanlah bermakna kerajaan menidakkan kepentingan Bahasa Inggeris, tetapi satu kaedah lain telah dibuat untuk memperkukuhkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di kalangan pelajar.

Apa yang kerajaan buat ialah agar para pelajar tidak terperangkap dengan kelemahan menguasai Bahasa Inggeris akan menyebabkan lebih banyak para pelajar tidak dapat menguasai Math dan Sains.

Pernahkah Palanivel bertanya pengundi di DUN Gambir, Kahang dan Tenggaruh yang kebanyakkan Melayu dan Jawa. Adakah mereka sokong PPSMI? Palanivel kena ingat, di tiga kawasan ini sokongan kepada BN sudah tinggal 50-50 sahaja kerana bantahan majoriti Melayu yang inginkan calun Melayu.

Jangan kerana salah cakap, BN terpaksa kehilangan lagi kerusi. Atau MIC rela melepaskan kerusi-kerusi tersebut kepada perwakilan UMNO?

1 comment:

praha2 said...

tak payah tanyo. eden dah banyok kali cakap dimano majoriti melayu UMNO lotak calon. tak payah nak berbincang lagi. jolas dimano ramai melayu oran melayu mau UMNO calon nyo.
dio dah jadi montori dan adoalh elok dio ikut keputusan yang tolah dibuet DPM. jangan nak melawan taokay pulak. montang montag dah dapet hajat dio sekarang nak lobih pulak.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI