TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, November 14, 2011

TERSILAP PERSEDIAAN UNTUK SEKSUALITI MERDEKA

Akibat inginkan alat kemaluan yang lebih besar 

KERANA tidak puas dengan apa yang dimilikinya, Encik Joe (bukan nama sebenar) memilih untuk menebalkan zakarnya. 

Tetapi, kerana enggan diketahui sesiapa, Encik Joe, seorang warga Myanmar berusia 42 tahun yang berpangkalan di sini, meminta bantuan seorang rakan yang rapat dengannya untuk melakukan prosedur menebalkan alat kemaluannya itu. 

Caranya: menyuntik sejenis minyak yang mampu menebalkan dan membesarkan saiz zakarnya itu. 

Hajatnya seolah-olah termakbul. Selama dua minggu segala keinginannya tercapai. Tetapi apa yang berlaku selepas tempoh itu pasti membuat ramai pembaca berasa mual. Semua kulit zakarnya dilaporkan gugur! 

Menceritakan kisah itu, pakar urologi di Hospital Mount Elizabeth, Dr Sam Peh, berkata: 
'Beliau melakukan sendiri prosedur itu di rumah menggunakan sejenis minyak yang tidak diketahui asal usulnya. 

'Ia disuntik oleh seorang rakannya. Dua minggu pertama tiada masalah. Tetapi selepas tempoh itu, masalah timbul. Kulit pada zakarnya mula gugur dengan banyak.' 

Dr Peh menambah bahawa si pesakit mula datang mendapatkan rawatan selepas keadaannya menjadi semakin serius. 

'Akibatnya, pakar kulit terpaksa datang memberikan rawatan iaitu mengambil kulit daripada kakinya dan menampalnya pada batang kemaluannya,' jelas Dr Peh. 

Tidak diketahui apa yang terjadi selepas lelaki itu menerima rawatan yang diperlukan, tetapi yang pasti beliau bukan seorang. 

Sejauh ini Dr Peh anggarkan beliau hanya melakukan sebanyak lima kes serupa sepanjang 13 tahun menceburi bidang itu.

SUMBER: SINI

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI