TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, November 14, 2011

DAP NAK KIBAR BENDERA DALAM KEM POLIS DAN TENTERA

Dalam satu memorandum kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya yang dikemukakan pada Sabtu lalu, Pemuda DAP (DAPSY) mencadangkan supaya had umur pengundi diturunkan kepada 18 tahun dan pendaftaran automatik dilaksanakan.
Meminta budak baru habis sekolah turut sama memilih perwakilan untuk membentuk kerajaan, aku rasa DAPSY tak bijak. Asas DAPSY ialah pada masa ini umur 18 tahun sudah dianggap dewasa untuk menjalani latihan khidmat negara (PLKN), berkahwin dan diadili di mahkamah sebagai seorang dewasa. Pernahkah DAPSY lihat di PLKN tersebut, bebudak tu dilayan sebagai orang dewasa atau tidak. Tidakkah DAPSY nampak macam mana mak bapak dari suku sakat penyokong DAP, menangis, meraung nak lepaskan anak mereka yang dah berumur 18 tahun tu ke PLKN?

Tak cukup dengan itu, DAPSY menyenaraikan lagi beberapa tuntutan yang antaranya ialah meminta dibenarkan berkempen dalam kem polis dan tentera. Habislah kalau diluluskan, akan penuh keliling pagar kem dengan poster dan bendera DAP dan sekutunya. Pelik juga, nak kempen apa dia orang ni kat kem, kalau sepanjang masa asyik nak menyalahkan polis dan tentera sahaja.
Nak ikut sedap dia aje, dah tentu kem polis dan tentera kawasan terhad. Belum dapat masuk kem pun, pantang dapat maklumat, tak kira samada boleh membahayakan keselamatan negara atau tidak, habis dijaja. Agaknya kalau dapat masuk kem, isu bini tentera sidai baju pun akan jadi isu DAP.

 

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI