TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, November 14, 2011

PANAS!!!...DATUK AMEER ALI MYDIN SURUH TONY PUA SEKOLAH LAGI

Pengarah Urusan Mydin hari ni mengadakan sidang akhbar di gudang Mydin di Kelana Jaya bagi menangkis segala dakwaan yang dibuat oleh Tony Pua sambil menyertakan bukti-bukti beberapa laporan makmal untuk menyokong hujah mereka.

Nak buat macam mana Datuk, puak ni hanya iktiraf makmal dia orang aje, tengok aje kes Nuar, semua keputusan siasatan yang keluar dari makmal, semua dipertikaikan.

Tertarik juga aku dengan komen seorang pembaca MKini yang berbunyi;
"pelik juga aku tgk cina DAP nie, kenapa masa org ramai pergi kepasaraya Maidin tak ada lah yg pergi tgk kualiti dan harga nya, bila kedai 1 malaysia bukan main sibuk lg dia org... DAP ni dah menjaga rakyat atau kaum2 cina yg membekalkan barangan runcit, kepada yg sokong DAP tu pikir2 kan lah..".

He...he...he...niat DAP tu bukannya 'terang lagi bersuluh' tapi 'sudah terang lagi berspotlight'. 

Mydin nafi barangan 1Malaysia tak bermutu 

Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, hari ini menangkis sebahagian besar tohmahan, khususnya daripada ketua antagonis, Tony Pua - bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah. 

Pada sidang akhbar yang diadakan khas di gudangnya di Kelana Jaya, petang ini, pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang diiringi beberapa pembekal barangan yang didakwa kualitinya mencurigakan itu, membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka. 

Katanya, hanya satu daripada 10 dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Tony Pua dianggap sah, iaitu berkenaan sos tiram syarikat tersebut. 

Justeru, katanya, Pua berlaku tidak adil kepada pembekalnya dan menggunakan taktik kotor. 

Dakwa Ameer lagi, dakwaan Pua juga tidak berasas dan “separuh benar” kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah. 

"Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu,” bidasnya terhadap Pua yang lulusan Oxford itu.

5 comments:

HHalem said...

Apa sal Mydin x saman kasi sama dia..

Anonymous said...

dato mydin kasi saman si PUAKA mulut jamban tu.. bagi dia senyap atau bisu terus.. kalau tidak.. ader saja si setan tu buat hal lagi... kalau dah banyak makan babi, virus E-COLI kat mulut dia yang berjuta tu pun dia tak tau..

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Mungkin bakal menyusul. Ini kerana produk-produk tu bukan Mydin punya, semuanya bawah contract manufacturing.
Salah satu mungkin berlaku, Mydin saman Tony Pua sebab fitnah atau Mydin saman contract manufacturer sebab tak ikut kontrak.

cacamarba said...

tony puaka ni dr dulu mulut puaka suka cr hal..mungkin mulut puaka dia akn diam kalo kaki yg berkomunikasi dgn dia..puaka x guna

Anonymous said...

isu ni terlalu dipolitikkan utk jaga kepentingan peniaga2 cina..haih la DAP..racist x abes2..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI