TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, November 29, 2011

TS ISA BERKERAS, MAZLAN ALIMAN KETAWA

TS Isa Samad, Pengerusi Felda yang dikatakan menghina ketua Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda, relak aje bila diugut dengan saman. Katanya saman-menyaman tu perkara biasa. Bagi Shamsuddin Osman, Ketua JKPP, tak tau le samada saman menyaman ni biasa atau luar biasa baginya.

Menteri Felda PAS
Isunya bermula dikatakan bila Isa bengang dengan sikap JKPP yang dah berkali-kali diberi penerangan tentang penyenaraian Felda Global Ventures tetapi tetap mantul tak faham. TS Isa ni yang aku tahu memang suka gurau, tapi cakap gurau dia ni kengkadang pedih.
Ya le Tan Sri, kena le sabar sikit. Cerita penyenaraian ni cerita billion-billion. Yang dengarnya tu pulak dulu kerjanya mengangkat tandan sawit, potong pelepah sawit, meracun, membaja, maka kena le slow-slow. Kena sabar bebanyak macam cikgu bukak kelas dewasa. Dia orang nak faham memang lambat, tapi kalau dah faham, melatah pun dia orang sebut bursa saham.



Tak elok dah tua-tua ni gurau kasar-kasar sampai nak saman menyaman. Apa salah duduk semeja sekali lagi. Cakap dengan JKPP tu, suruh bawak anak-anak yang ada lulusan ekonomi, yang ada lulusan pentadbiran perniagaan. Ramai anak-anak Felda yang bijak pandai yang masih tinggal dalam rancangan Felda. Mintak bantu anak-anak terangkan. Kalau benda ni betul, tentu anak-anaknya akan suruh mak bapak dia ikut apa jua saranan baik kerajaan.

Bila TS Isa berkeras macam ni, Mazlan Aliman le yang tersenyum lebar. Tentu cepat-cepat dia atur jadual jelajah Felda, takut kena cross dengan Nuar Berahim macam kes "Janji Polong" dulu. Sure padat masa dia dua tiga minggu ni. Kalau dia dah masuk berceramah, bukan nak tolong perbetul keadaan, tapi menambah celaru dan bingung Atok-atok JKPP ni.



3 comments:

HHalem said...

Tuan;
Pembawa tandan sawit tu Pengarah dlm Felda ..

Biasa lah Tuan, bodoh sombong ni naik tocang bila kasi betis.

Mcm Anwar gak..kasi depan nak belakang..

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Selagi tukang cucuk ada, selagi tu le Felda tak akan aman. Patut dulu kasi depa pajak 30 tahun aje Felda ni. Lepas 30 tahun dah senang, kasi orang lain yang susah pulak.

rakab said...

Pakatan zionis ni bukan boleh tengok kocak sikit, dia orang cepat
jer nak mengambil kesempatan..

Mintak TS Isa bersabar sikit laa
dengan kerenah JKPP tu...

maklum laa, selama ini mereka dilayan macam anak emas..manja !

Selesaikan secara muafakat dan bijaksana..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI