TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, November 16, 2011

TS MUHYIDDIN TEGUR PIBG

PIBG jangan potong duit bantuan RM100: Muhyiddin 

2011/11/16KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah. 
Kerajaan tak janji dengan PIBG, kerajaan janji dengan ibu bapa
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka. -Bernama

Rupanya ada PIBG yang lebih laju merencanakan apa yang patut dibuat dengan bantuan RM100 oleh kerajaan kepada setiap pelajar sekolah. 

Nak buek macam mana?...sekarang ni ramai yang berlumba-lumba nak jadi YDP PIBG, tapi langsung tak tahu macam mana nak menjana kewangan PIBG. Semua nak tonyoh kat mak bapak. Program untuk cari duit langsung tak ada. Itu yang kengkadang sesetengah sekolah, yuran PIBG menyebabkan mak bapak mengeluh.


3 comments:

berasiam said...

pibg pun kekadang (lazim sebenarnya) dijadikan salah satu alat politik. yg jadi ydp pun kena ada sandaran politik. guru besar atau pengetua pulak automatik jadi penasihat. jika kedua2nya kowtim, memang malanglah nasib pibg tu.

pokok pangkalnya, ibu bapa sendiri kurang beri perhatian dan mainkan peranan dalam pibg. mesyuarat agung pun susah nak kumpulkan kuorom yang mencukupi, apatah lagi nak pegang jawatan ajk dan sebagainya. tapi bila timbul isu yang melibatkan kewangan, mereka bising bagai nak rak.

yang banyak bising pasal pibg tu, eloklah ubah sikap masing2. jalankanlah peranan masing2 dengan sewajarnya. hadirlah ke mesyuarat agung. jadilah ajk kalau dipilih. beranilah bersuara. jangan hanya merungut di sana sini. kemukakanlah cadangan untuk menjana pendapatan pibg.

HHalem said...

article Tuan, PerakToday sapu:-)

Nama tuan , dah heboh di Perak.
Nizar sedang cari Tuan sekarang:-)

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Kawan nak kena lari ke Tanjung Pengelih juga ke?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI