Siapa sangka? Ingatkan dalam bermati-matian Tony Pua berkepit dengan Izzah anak Nuar memburuk-burukkan KR1M, maka akan berkubur KR1M. Rupanya tidak. Ianya menjadi satu promosi percuma kepada KR1M yang mungkin menyebabkan Puak Pakatan pening kepala dan menyesal.
Mydin pula mengambil langkah positif dengan setiap kritikan dan ini tentunya akan meningkatkan lagi mutu barangan yang ditawarkan. Rakyat pula bila dengar cerita yang bukan-bukan dari sejoli Pua Izzah, makin kuat semangat nak mencuba shopping kat KR1M.
Mungkin terdapat permintaan yang tinggi dari rakyat Melaka, maka dalam masa sebulan lebih ini, enam lagi KR1M akan dibuka di Melaka. Amacam Tony? Amacam Izzah?.....korang tak nyesal ke? Korang tak nak ke sekali buka KR1M? Tentu nanti Datuk Ameer lantik korang berdua sebagai duta KR1M.
Enam KR1M Akan Dibuka Di Melaka Sebelum Akhir Tahun Ini
MELAKA: Enam Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijangka dibuka di negeri ini sebelum akhir tahun ini bagi memberi keselesaan kepada masyarakat di negeri ini membeli keperluan dengan harga yang jauh lebih murah.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata langkah untuk menambah lagi KR1M di negeri ini adalah berikutan sambutan amat menggalakkan yang diterima dari penduduk sekitar sewaktu KR1M di Tengkera mula dibuka.
Beliau berkeyakinan pertambahan KR1M di negeri ini akan mampu membantu golongan kurang pendapatan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu merasa tertekan dengan harga yang ditetapkan oleh sesetengah peniaga.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)yang terletak bersebelahan premis Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment