TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, November 8, 2011

UNTUK MB JOHOR AJE....

Pada 16 Jun lepas, aku pun ada menulis mengenai perkara ni (sini). Ini bukannya nak bukak atau jaja masalah kerajaan BN Johor. Tetapi sebagaimana yang pernah aku tulis sebelum ini, isu sekolah agama di Negeri Johor ni adalah isu yang begitu dekat sekali dengan pengundi Melayu.
Aku cuma nak mengingatkan Datuk Hj Abd Ghani. Nampaknya sekarang PAS dah mula memainkan isu ni. Sebenarnya banyak lagi isu berkaitan sekolah agama ni yang tak selesai. Tak perlulah aku sebut. Sesetengahnya bukan tertangguh setahun dua, malah bertahun-tahun.
Ustaz dan Ustazah bukannya Malaikat. Mereka juga manusia biasa, ada perasaan. Mereka ini dekat di hati masyarakat Melayu. Mereka ada peranan dan pengaruh tersendiri dalam masyarakat. Jangan digula-gulakan mereka. Kalau kerajaan tak bersedia, tak perlu berjanji. Selama ini pun mereka cekal dengan apa yang mereka perolehi dan terlalu sedikit yang meninggalkan bidang perguruan ini walaupun tanpa apa-apa janji dari kerajaan. Malah mungkin ada yang dah pencen tanpa diserap ke jawatan tetap.

UMNO dan BN Johor kena le bertindak cepat. Jangan sampai ia dijadikan isu oleh pembangkang. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI