"The Challenger Muay Thai" yang disertai peninju Israel, Ilya Grad mencetuskan kontroversi yang entah bila nak habis. Pihak pembangkang menyalahkan kerajaan, dan pihak kerajaan menyalah Selangor yang menyumbang RM5 juta.
Hanya kerana seorang Yahudi, Ilya Grad, semuanya kecoh. Tak bolehkah masing-masing menjadikan ini sebagai satu kes daki, yang kalau dibuangpun tak jadi apa-apa.
Kalau nak salah menyalahkan, rasanya semuanya salah.
- Pertamanya Shabery Cheek; sepatutnya beliau tak campur tangan dalam hal ini. Ini kerana hal Imigresen adalah di bawah bidang kuasa KDN.
- Imigresen, mengapa boleh menerima arahan dari menteri yang bukan bertanggungjawab terhadap imigresen?
- Kerajaan Selangor, bagaimana boleh sewenang-wenangnya menyumbang RM5 juta duit rakyat tanpa mengambil tahu program yang disumbang/taja?
- Penganjur, tak sensitif dengan polisi kerajaan atau sengaja menyembunyikan penyertaan warga Israel.
Bagaimanapun, penulis berpendapat, langkah membenarkan Yahudi tersebut menyertai kejohanan pada ketika segala persiapan telah di atur, sedikit sebanyak menunjukkan kematangan Malaysia dalam membuat keputusan. Yahudi tersebutpun bukannya datang sebagai pelancung dan tentunya kedatangannya telah sedia dimaklumi oleh penganjur. Sepatutnya penganjur yang dipersalahkan di sini.
Apa yang dibuat oleh pihak imigresen dan KBDS hanyalah untuk menyelamatkan nama Malaysia di mata warga dunia agar tidak dilabel sebagai extremist. Berlainan ceritanya sekira peninju tersebut belum lagi diundang dan berada di pintu masuk negara.
Tak perlulah kita berbahas tentang Yahudi seekor tersebut. Banyak lagi hal-hal penting untuk kesejahteraan rakyat yang perlu diambil berat samada oleh pembangkang mahupun kerajaan.
2 comments:
Kalau lah Sukan Olimpik diadakan di Malaysia, ada kah kita akan melarang Israel dan negara-negara yg sewaktu dgn nya menyertai sukan tersebut?
kita kne tau, dlm kes ni ada pengecualian dlm hal persidangan antarabangsa n sukan..tp bg sy, Malaysia patut xde lgsung hbngan dgn Israel selagi diorg x iktiraf Palestin..
Post a Comment