Pemimpin PKR hari ni terkedu. Terkedu sebab kena tibai dengan anak buah sendiri. Nak buat macam mana.... semua yang dilantik jadi calun YB semuanya orang-orang kesayangan Nuar. Ko komplen pun tak guna.
Wakil Kedah Azman Ismail semasa berbahas di Kongres Kuda Kepang hari ini mendedahkan ada pemimpin PKR negeri itu yang berhubung dengan orang ramai melalui telefon dan khidmat SMS sahaja.
Bagaimanapun, apabila orang ramai menghantar SMS dan menelefon wakil rakyat berkenaan, wakil rakyat berkenaan tidak menjawab.
“YB selalu SMS, tidak boleh cakap. Di rumah orang mati pun, dia SMS. Tetapi orang telefon, YB tidak jawab, orang SMS YB tidak balas.
“Telefon pegawai YB tidak jawab, telefon pejabat tidak dapat. Bagaimana rakyat nak berhubung dengan pemimpin kita. Ciri-ciri ini ada dalam dalam pimpinan Kedah.,” katanya ketika membahaskan usul prestasi kerajaan Pakatan Rakyat sempena kongres nasional PKR di Pulai, Johor hari ini.
Dengan nada sinis, Azman berkata, “Kalau ada cita-cita menawan Putrajaya, kita kena belajar dulu urus SMS dan telefon”.
Itulah akibatnya, Nuar pilih YB semuanya yang hanya boleh dengar cakap dia aje. Dan kebanyakkan YB-YB PKR ni malu nak bercakap, bukan pasal apa, silap Nuar juga pilih YB yang gagap dan sengau.
1 comment:
GAGAP, SENGAU DAN SENGAL!!!
Post a Comment