Kalau kartun Upin dan Ipin menggambarkan bahawa bebudak boleh berjalan seiring dengan ayam untuk menunjukkkan betapa amannya Malaysia yang bertuah ini, maka memang tak salah lagi.
Laporan yang dikeluarkan oleh Global Peace Index-2011 yang berpengkalan di Australia ini tentunya membuatkan Pakatan terutamanya DAP tak senang duduk. Lebih-lebih lagi apabila Malaysia berada ditempat yang lebih selamat dan aman berbanding Singapura. Dari 153 negara yang dicerap, Malaysia menduduki tempat ke 19 berbanding Singapura yang menduduki tempat ke 24.
Manakala bagi rantau Asia Pasifik pula, Malaysia menduduki tempat keempat selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
Yang terlebih pening dengan laporan ini tentulah Guan Eng yang pernah melabelkan Johor, sebagai salah sebuah negeri dalam Malaysia yang tak selamat kepada para pelabur di Singapura.
Senarai penuh boleh diperolehi di SINI.
No comments:
Post a Comment