TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Monday, December 12, 2011

SIAPA SEBENARNYA YANG MAZLAN BELA

Isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia dan juga masalah perjawatan Datuk Zulkifli Wahab membuatkan Mazlan Aliman senyum lebar.

Bajupun pinjam....
Dalam isu ini, sebenarnya terdapat duri dalam daging di kalangan pegawai-pegawai Felda sendiri. Mazlan Aliman sebenarnya kena jujur dalam hal ini. Hanya satu saja soalan yang perlu dijawab;

Siapakah yang akan terjejas dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings, para peneroka atau para pegawai dan kakitangan Felda yang gaji dan imbuhan bonus berbulan-bulan gaji melalui hasil aset-aset Felda yang akan diapungkan?

Selama ini yang kenyang dan buncit hasil dari aset Felda ini ialah para pegawai dan kakitangan Felda. Peneroka hanya dapat sedikit bahagian melalui bonus dan dividen saham setahun sekali.

Maka, nasib siapakah yang Mazlan dan ANAK mahu perjuangkan? Para peneroka kena bijak membuat pertimbangan. Kerajaan BN dan UMNO tidak akan merosakkan sesuatu yang mereka bina bermula dari atas kertas, hingga berjaya menjadi satu entiti perladangan terkenal dunia. 

Peneroka kena ingat, Felda bukannya buah tangan PAS, DAP atau PKR. Ia adalah hasil keinsafan UMNO yang ingin melihat orang Melayu maju dan makmur ekonominya. Peneroka juga kena ingat, bahawa DS Najib mempunyai tanggungjawab moral mempertahankan apa yang telah diperkenalkan oleh Almarhum bapanya sedangkan Mazlan Aliman tidak mempunyai apa-apa untuk dipertahankan di Felda ini malah berkemungkinan akibat masalah adik-beradik, suatu hari nanti Mazlan terpaksa juga meninggalkan rumah pesaka di Felda Bukit Ramun.


2 comments:

HHalem said...

Baju mcm baju Penjara Kajang.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Mata tuan cukup cekap. Dia pinjam baju lokap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI