TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, December 1, 2011

DERIS AHMAD MULA BIJAK SIFIR

“Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar"? Itu tanya Deris Ahmad ketika mengulas kenyataan TS Muhyiddin yang mengatakan bahawa DAP ganti PAS, bukannya PAS ganti UMNO. Nampaknya bekas Ketua Penerangan PAS ni bengang betul bila dikatakan DAP akan ganti PAS.

Deris buat-buat tak tau pulak. Bukankah sifir tu Tok Guru-Tok Guru PAS juga yang mempopularkannya. TS Muhyiddin tak belajar pun, cuma tengok aje Tok Guru PAS mengira dah boleh faham. Itu untungnya ada Timbalan Perdana Menteri yang bijak, tak macam pemimpin PAS yang tak bijak-bijak.

Patutnya Deris kena tanya Tok Guru-Tok Guru dalam PAS tu sifir mana yang mereka pakai bila DAP kata jangan buat hudud, mereka ikut. Bila DAP kata gugurkan perkataan negara Islam, mereka ikut. Bila Ambiga kata seks bebas itu hak asasi, mereka ikut. Bila Ambiga kata guling atas jalan, mereka guling. Yang paling songsang sifir PAS ialah kalau Pakatan menang PRU 13, Nuar Berahim yang jadi PM sedangkan Nuar bukannya Presiden mana-mana parti politik pun kat Malaysia ni.

Menurutnya, rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat. Itupun kalau nak pakai sifir dikira UMNO dah kalah. Apa yang Deris nak heboh sangat. UMNO cuma gunakan Persidangan UMNO untuk mengingatkan ahli-ahlinya sahaja, sedangkan PAS, dalam setiap ceramah yang boleh dikatakan setiap hari, setiap malam diadakan dimerata tempat, isinya hanyalah caci maki dan umpat cerca terhadap UMNO. Bukankah itu semua sifir PAS? 

Kepada Deris, banyak lagi yang nak kena belajar sebelum layak PAS nak gantikan UMNO. TS Muhyiddin tu cuma ingatkan saja, jangan terlalu ghairah nak gantikan UMNO, last-last nanti DAP yang gantikan PAS, terbang semua kopiah entah ke mana.

Kepada orang Melayu, renunglah contoh terdekat di Singapura. Bandingkan dengan Malaysia. Di Malaysia, Melayu dan UMNO memegang kuasa, walaupun selepas 54 tahun, tetapi bangsa lain masih mempunyai suara, masih lagi dapat mengekalkan identiti bangsa masing-masing, masih lagi didengari pendapat mereka oleh pemerintah Melayu. Bandingkan dengan Singapura, PAP abang kepada DAP, menguasai pemerintahan hanya selama 46 tahun (sejak keluar Malaysia 1965), di manakah kedudukan Melayu selaku peribumi tanah Singapura.

TIS - Kalau Deris nak belajar sifir aku sekarang ialah 1 + 1 = 4 (1 bapak + 1 emak = 4 anak)

3 comments:

Anonymous said...

DAP ganti PAS lagi umphhhh.....

tu yg derih menggelupor tu bebb....hehehe....

IBM said...

Salam bro enalrahim

Ustaz Pas bahlol apa dia tahu. Itulah jadinya bila tersalah masuk kandang. Dia masuk kandang Pas buat pa?..kandang tu, kandang Parti agama Sesat. Maka, pengikutnya pun sesat sama..hehehe..

Anonymous said...

ini ustaz PAS yang hitam matelik..suka agaknya bab hitam matelik dipermainkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI