TS Muhyiddin ketika bercakap kepada pemberita selepas ucapan perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata bahawa pihak pembangkang 100 kali lebih rasis. Tapi mereka tak sedar.
TSM juga berkata “Cuma orang yang bersikap terlalu rasis sahaja, sepanjang masa, apabila satu pihak bercakap tentang satu kaum, dia kata kita rasis".
Betul tu Tan Sri. Apa yang mereka nak jakikan kalau kita bercakap tentang bangsa kita, bercakap tentang ingin memajukan kaum kita, bercakap tentang untuk menyatukan kaum kita? Bila mereka risau, maka sahlah bahawa mereka yang sebenarnya rasis. Apa yang mereka takutkan? UMNO dan Melayu BELUM PERNAH mengusik hak kaum lain di Malaysia ini tetapi kaum lainlah yang mengurangkan hak Melayu.
Tentunya ada agenda-agenda yang tersembunyi oleh mereka yang ingin mereka laksanakan terhadap Melayu sekiranya mereka berkuasa. Oleh itu mereka juga beranggapan bahawa Melayu UMNO juga akan bersikap seperti mereka, akan lakukan seperti apa yang akan mereka lakukan. Itu yang menyebabkan ketakutan yang amat sangat kepada puak rasis ini.
Hakikatnya Melayu UMNO boleh sahaja rasis semenjak 54 tahun yang lalu kalau itu yang Melayu UMNO mahu. Tetapi Melayu UMNO lebih mementingkan persefahaman dan keharmonian serta percaya kepada konsep kerjasama dan berkongsi kuasa, ekonomi dan segalanya dengan bangsa lain. Malangnya anak cucu kaum tongkang ini semuanya masih lagi membutakan mata dan hati.
No comments:
Post a Comment