TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, December 28, 2011

FELDA WILAYAH JOHOR BAHRU YAKIN DENGAN USAHA FELDA

Satu majlis Ramah Mesra telah diadakan antara Pengerusi Felda, TS Isa Samad dengan para pemimpin peneroka Felda Wilayah Johor Bahru di Hotel Puteri Pan Pacific, JB malam semalam.

Hampir 400 orang hadir mewakili kepimpinan peringkat Felda dan juga Koperasi Permodalan Felda. TS Isa menerangkan rasionalnya tindakan penyenaraian FGVH. Nampaknya bagi Felda Wilayah Selatan ni, para peneroka menyambut baik usaha kerajaan. Mereka yakin bahawa tindakan kerajaan adalah untuk kebaikan mereka dan bukannya untuk menganiaya mereka seperti mana yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang.


Menurut TS Isa, beliau senang hati melihat pembangkang menentang rancangan penyenaraian ini. Ini kerana telah memang sikap pembangkang untuk membangkang apa-apa sahaja yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Apa yang beliau bimbang ialah sekiranya pihak pembangkang menyokong. Sekiranya pihak pembangkang telah menyokong, maka tentulah ada sesuatu yang akan menguntungkan pembangkang dan bukannya rakyat, justeru itu tiada sebab mengapa para peneroka harus menentang hasrat kerajaan ini. Peneroka harus ingat, kerajaan tidak akan membuat sesuatu yang memudaratkan diketika angin pilihanraya sedang bertiup kencang.

Rupanya banyak lagi kelebihan yang tidak diterangkan kepada para peneroka yang menurut TS Isa hanya akan diumumkan oleh PM, DS Najib sendiri dan kepada yang masih tidak tahu, dijelaskan bahawa idea penyenaraian ini bukanlah idea TS Isa, ianya telah dimulakan pada zaman Tun M lagi dan sepatutnya direalisasikan seawal tahun 2003 lagi. Laa....apa agaknya kata Mazlan Aliman nanti?



Aku cari muka Mazlan Aliman, tak ade! Dia tak tersenarai dalam golongan peneroka atau ahli KPF yang dijemput. Patut le dia tak faham-faham. Penyenaraian ni sebutnya billion-billion Mazlan oiii, hang punya tahap meniaga cuma bukak tadika Pasti aje.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI