TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, December 9, 2011

GERHANA BULAN DAN GERHANA CIPTAAN PAS

Gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan oleh penduduk Malaysia pada malam esok yang akan bermula dari jam 7.34 malam hingga berakhir pada pukul 1.30 pagi Ahad.

Binatangpun terperanjat menerima kehadiran gerhana

Menurut Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit. 

Bagi rakyat negeri Johor, rata-rata masjid di negeri Johor pada khutbah Jumaat tadi membicarakan tentang fenomena alam ini. Banyak perkara yang kurang menyenangkan telah berlaku seiringan dengan kejadian gerhana ini dan wajarlah kita beringat akan perihal tersebut. Bagi Wilayah yang membacakan khutbah Jakim, lain pula gerhananya.


Bagi kawasan Wilayah yang membacakan khutbah Jakim, isi kandungannya juga menunjukkan gerhana. Gerhana kepada umat Melayu dan Islam kerana adanya segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan pihak yang cuba merosakkan kedudukan Islam.

Ingatan khutbah ini wajar dihayati oleh penganut PAS dan PKR. Jangan kerana terlalu mengejar cita-cita politik, segala kehendak DAP dituruti dan segala perlakuannya memperleceh Islam dan institusi Raja yang menaungi Islam dipandang remeh.

Gerhana ciptaan manusia ini tak sama dengan gerhana bulan yang berlaku atas kehendak Allah SWT. Ia masih boleh lagi dielakkan dengan menilai kembali apakah tindak tanduk politik yang diamalkan menguntungkan bangsa dan agama. Khusus buat penganut PAS dan PKR, renung-renungkanlah. Tiada gunanya terngadah dikemudian hari.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI