TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, December 5, 2011

HADI AWANG RELA PAS DIPERKUDA

Berucap di Rapat Rakyat di Stadium Malawati semalam, Hadi Awang berkata lebih baik PAS diperkuda dari diperlembukan. Satu ungkapan jelas dari Presiden PAS yang membawa maksud bahawa PAS sememangnya rela dan sedang diperkuda.


Situasinya memang menarik, PAS jadi kuda, PKR jadi joki dan DAP yang jadi tauke judinya. Yang membuat pertaruhan dan berjudi ialah para pengikutnya. PAS sanggup jadi kuda kerana tak ingin jadi lembu yang menurutnya hanya layak dijadikan korban dan disembelih untuk beri orang makan. Kerana tak suka orang kenyang, maka maka PAS sanggup jadi kuda tunggangan untuk memperjudikan nasib Melayu dan Islam di Malaysia ini. 

Itulah sikap sebenar PAS. Biar rakyat bersorak dan bertempik girang sebagaimana orang melihat kuda berlumba akhirnya kalah judi dan terpaksa balik rumah berlapar. Kuda yang berlumba, selagi ada kudratnya, walaupun kalah tetap mendapat makanan yang enak-enak, tetap mendapat kenderaan berhawa dingin untuk bergerak dari satu padang lumba kuda ke satu padang lumba kuda yang lain.

Tetapi ingat, tauke kuda tidak sebegitu bermurah hati. Setiap yang dikeluar dan dimodalkan ada harga yang perlu dibayar.

Apa yang Hadi Awang terlepas pandang ialah tauke kuda tak ada yang lembut hati. Berapa banyak sekalipun keuntungan yang telah dan pernah diberi kepadanya, apabila kuda dah patah kaki dan tak boleh berlumba, tiada tauke kuda yang akan membelanya lagi melainkan menamatkan riwayat kuda tersebut dengan tembakan peluru di kepala. Hati-hatilah wahai Hadi Awang!!!

1 comment:

Anonymous said...

Bodoh bangangnya org yg nama hadi awang nih, diperkuda dan diperlembu membawa maksud dan hasil akhir yg sama jg akhirnya, babun betul, bilalah bala' nak dtg ni.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI