TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, December 15, 2011

MUSTAFA ALI CUBA TUTUP KEGELOJOHAN PAS

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membuat kesimpulan bahawa  Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa telah terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Bagaimanapun menurutnya, tidak diketahui sama ada mereka berdua sedar atau tidak sedar, mereka terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

Itu kata Mustafa. Sebenarnya kepimpinan PAS sekarang yang terperangkap dengan permainan mereka sendiri. Apa yang dilakukan oleh Hasan Ali dan Nasha adalah asas sebenar perjuangan PAS. Kepimpinan PAS sekarang telah terperangkap dengan mainan politik mereka sendiri kerana masing-masing terlalu gilakan kuasa.

Apa yang kepimpinan PAS tidak sedar ialah, PAS telah menghilangkan rasa takut kaum lain terhadap orang Melayu dengan tindak tanduk kepimpinan PAS sekarang. Sama ada PAS sedar atau tidak, keceluparan mulut golongan bukan Islam dan bukan Melayu sekarang ini semuanya berpunca dari percaturan politik yang salah yang dibuat oleh kepimpinan PAS pada hari ini.

Sebelum ini, puak bukan Islam dan bukan Melayu begitu berhati-hati apabila membuat kenyataan kerana mereka mempunyai rasa gerun dan takut terhadap keupayaan politik PAS. Mereka takut menyinggung UMNO dan BN kerana merasakan bahawa PAS akan pada bila-bila masa atas nama Melayu dan Islam akan menyokong UMNO sekiranya Islam dan Melayu diperlekeh. Ini dibuktikan selepas peristiwa 13 Mei 1969 bilamana kepimpinan PAS ketika itu bersekutu dalam BN untuk menguatkan suara orang Melayu dan Islam.

Bagaimanapun, tindak tanduk kepimpinan PAS pada hari ini menyedarkan puak bukan Islam dan bukan Melayu bahawa PAS rupanya terlalu murah untuk dibeli dan terlalu mudah untuk ditunggangi. Hanya dengan janji-janji muluk sahaja kepimpinan PAS boleh terkesima dengan habuan dunia ini dan sanggup meninggalkan perjuangan lamanya hanya untuk menghormati rakan kongsi kuasanya.

Maka beranilah mereka apabila menyedari bahawa PAS sebenarnya boleh dilacurkan dan mereka juga sedar bahawa perjuangan PAS selama ini bukanlah untuk Melayu dan Islam. Rupanya kepimpinan PAS pada hari ini juga gelojoh pada pangkat dan kuasa malah sehingga ada yang sanggup untuk menyandang pangkat sahaja walaupun kuasa terpaksa ditunjukkan dari belakang oleh DAP!!! 

Rakyat dah bijak, rakyat Melayu dan Islam hari ini tanpa mengira  parti menyatakan sokongan kepada Datuk Dr Hassan Ali dan juga Nasharudin Mat Isa....dan elok benarlah PAS terus membela Mahfudz The Bean, Mat Sabu 121, Khalid Greja dan beberapa nama lagi sebagai bakal tunggak kepimpinan PAS. Mahfudz dan Mat Sabu memang dah layak digelarkan dengan gelaran "Tok Guru".  


1 comment:

Anonymous said...

parti yang perjuangkan Islam konon, bila ada ahli parti yang firm psl Islam ketekan sampai sanggup gugurkan dr bertanding, parti Islam apa mcm tu...klu Dr Hassan dan ustaz Nasha terperangkap dgn agenda Umno secara tak langsung mustafa ali mengakui bahawa Umno memang parti yang hebat sampai 2 org pemimpin utama dia pun sangat senang diperangkap oleh umno...so klu dah tau parti tu teruk sampai senang dimainkan parti lain, bubar jelah parti tu...bukan umno saja yg blh perangkaap pas tp baru yg baru mcm PKR pun mudah2 saja perangkap pas, Dap pun sama itu sbb agenda perjuangan Islam dah diketepikan...PAS kembalilah ke asalmu, akan jd lbh kuat tanpa pkr dan dap...tp sbb gila kuasa punya psl segala diketepikan...perangkap DAP dan Anwar pada PAS buat2 tak nampak tp senang2 tuduh Dr Hassan dan Usraz Nasha diprangkap UMNO, bukti pun xde...sudahlah PAS korang memang parti takde pendirian, itu hakikat yang perlu diakui..kuarngkanlah keegoaan tuk menerima hakikat itu walaupun pahit...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI