TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, December 1, 2011

PALESTIN PUNYA HAL PUN KHALID SAMAD NAK SALAHKAN KERAJAAN BN

Balik dari Palestin, Khalid Samad nak jadi pejuang Palstin pulak. Lum apa-apa dah salahkan kerajaan BN kerana tak iktiraf Hamas tetapi mengiktiraf Fatah. Kononnya dengan mengiktiraf Fatah, kerajaan BN mengikut telunjuk Amerika.

Aku bukannya tak kesiankan kat Palestin ni, tapi sepatutnya orang Palestin tu kena kesiankan diri mereka sendiri dulu. Dah tau hidup tertindas tetapi masih tak nak bersatu, masing-masing sibuk nakkan kuasa yang entah bila akan dapat. Nak kata ramai, tak le seramai mana orang Palestin ni, apa salahnya bersatu tak kira le dengan Hamas ke, dengan Fatah. 

Cakap pasal Palestin ni pun kengkadang buat kita pening aje. Kepada Khalid tu.... sebelum sewenang-wenangnya nak tuduh kerajaan BN mengikut telunjuk Amerika, lebih baik fikirkan hal dalaman dahulu sebelum fikir yang jauh-jauh. Betulkan PAS tu dulu.
Kalau BN yang sokong Hamas dikatakan mengikut telunjuk Amerika, bagaimana pulak PAS yang menyokong DAP yang terang-terang menentang perjuangan negara Islam PAS, maka PAS ikut telunjuk siapa? 

Mengapa PAS, kalau pun tak boleh ikut telunjuk UMNO, cukuplah sekadar menunjukkan kerjasama dengan UMNO yang sesama Melayu dan Islam? Mungkin ramai nasib orang-orang PAS yang terumbang ambing tu dapat dibantu. Mengapa mesti sokong DAP? Mungkin agaknya dengan sokong DAP akan terdapat banyak rumah urut dan dapat peluang diundang ke majlis-majlis ratu cantik???

Kalau ada lebih ramai lagi pemimpin PAS yang macam Khalid ni, tak mustahil suatu hari nanti Melayu dan Islam di Malaysia ni akan jadi seperti bangsa Palestin.



4 comments:

Unknown said...

Salam bro,

siapa dia si Khalid ni? pandai pulak nk ajak org. Parti sendiri x terjaga, nak memandai-mandai pulak. Patut le org panggil dia "Khalid Gereja"......HAMpehhhh...

TENGGARA is SOUTHEAST said...

W'salam,
Dia saja nak bagi promo nak tunjukkan yang dia gi Palestin. Lepas PRU 13 ni, senyap le tu...terkubur.

Anonymous said...

Publisiti MURAH!!!
Dah tak ada modal???

Anonymous said...

sepatutnya dia ambil pengajaran dri apa yg berlaku kt Palestin..bukan tuding jari kt org lain mcm tu..org Melayu terutamanya umno dan pas patut sedar yg kita perlu bersatu,jgn terlalu tamak nakkan kuasa..jgn smpai satu masa kita kena tindas n ikut telunjuk kaum lain di bumi Malaysia ni..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI