TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, December 4, 2011

PENIAGA DAN PEMAIN INDUSTRI MALAYSIA TAK PERCAYA PEMBANGKANG

Jangan perjudi masa depan negara -NCCIM 
04/12/2011 6:20pm 

JOHOR BAHARU 4 Dis. - Para pengundi diminta supaya tidak memperjudikan masa depan ekonomi negara dengan memilih parti pembangkang yang tidak pernah teruji kemampuannya untuk memegang tampuk pemerintahan, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM). 

Setiausaha agungnya, Datuk Syed Hussien Al-Habshee berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) berjaya membuktikan kemampuannya di dalam merangka pelbagai dasar ekonomi dan perniagaan yang baik kepada Malaysia dan rakyat. 

"Pembangkang sehingga kini gagal membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai dasar-dasar ekonomi yang berkesan untuk memajukan negara, berlainan dengan kerajaan di bawah BN yang telah terbukti kemampuannya,” katanya kepada Bernama hari ini. - Bernama



Di atas adalah kenyataan dari The National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) atau  dalam Bahasa Malaysianya Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan MalaysiaNCCIM. Dewan ini dianggotai oleh lima ahli prinsipal iaitu;
  1. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)/Malay Chamber of Commerce Malaysia
  2. The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)
  3. Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (MAICCI)
  4. Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI)
  5. Federation of Malaysian Manufacturers (FMM)
Rakyat khususnya golongan pekerja, harus memandang berat akan nasihat NCCIM ini. Ini kerana mereka merupakan golongan pemodal yang menyediakan peluang perniagaan dan juga pekerjaan kepada rakyat. Sekiranya rakyat memilih sebuah kerajaan yang tidak dapat memikat dan meyakinkan golongan ini untuk terus melabur dan berniaga di Malaysia, maka akibatnya sangatlah buruk terhadap ekonomi negara dan juga ekonomi para pekerja sendiri.

Sudah menjadi lumrah bagi golongan pelabur dan pemodal, mereka hanya akan berurusniaga di tempat dan di situasi yang mana menyakinkan bahawa ianya selamat dan mampu memberi pulangan yang baik kepada mereka. 

Maka kebimbangan NCCIM ini patut kita sebagai rakyat perhalusi dan pilihlah kerajaan kita dengan bijak jangan sampai kita terngadah di belakang hari.



1 comment:

Mohd said...

Hukum Hudud ini adalah mainan wayang dari PAS.
Dulu asalnya PAS juangkan Negara Islam maka ramailah orang Melayu menyokong PAS.
Sekarang ini PAS sudah tidak lagi juangkan Negara Islam tetapi Negara Kebajikan. Orang Melayu dah nampak kebajikan yg PAS mampu beri kpd orang Melayu hanyalah dgn merembat duit anak2 yatim dari dana Memali, merampas tanah2 tanaman orang Melayu utk dijual kpd orang Cina, menipu duit ahli2 PAS dlm kes Kohilal, menyokong orang kafir utk mengguna nama Allah. Jadi orang Melayu dah mula sedar dan tidak lagi menyokong PAS.
Oleh itu utk menambat semula hati orang Melayu supaya menyokong PAS dlm PRU13 nanti, maka PAS berpura2lah beria2 nak laksanakan Hukum Hudud.
Pakatan Haram ini telah berpakat. PAS akan bermati-matian nak laksanakan Hukum Hudud juga. DAP tidak akan bersetuju. PAS akan keluar dari Pakatan Haram ini sebelum saja PRU13 utk terus menipu orang Melayu yg PAS sangat beria2 nak laksanakan Hukum Hudud. Bila PAS dah dapat undi dari orang Melayu dan DAP telah dapat undi dpd orang Cina, PAS akan bergabung semula dlm Pakatan Haram utk membentuk Kerajaan Malaysia. Itu pun kalau PAS, DAP dan DAP dapat cukup majoriti utk memerintah.
Kalau tak percaya, sabarlah dan tunggu aksi2 PAS dan DAP bermain wayang utk memperdaya rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu.
Melayu mudah lupa ??????
Nauzubillah.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI