TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, December 19, 2011

TUNJUK PERASAAN -BILA PENGUATKUASA HILANG SABAR

Para polis dan tentera yang tugasnya menjaga keamanan negara juga mempunyai had kesabarannya yang tersendiri. Mereka juga ada rasa letih, penat, jemu dan semua perasaan yang kita ada. Maka apabila kesabarannya telah sampai ke kemuncak, maka peristiwa-peristiwa seperti di video di bawah ini akan terjadi.


Video ini merakamkan suasana di Mesir yang mana mungkin para polis dan tenteranya sudah bosan dengan karenah rakyat. Kalau dulu mahukan kejatuhan Hosni Mubarak, mereka berdemonstrasi, tapi kini Hosni Mubarak sudahpun dijatuhkan, mengapa mereka masih lagi berdemonstrasi?

Kepada pelajar-pelajar yang kononnya bijak kerana dah dapat masuk IPT, ambillah iktibar dari kejadian ini. Jauhkan sifat ingin memberontak orang muda dalam diri kamu. Kejarlah cita-cita di menara gading sebagaimana yang kamu janjikan kepada ibu bapa dan keluarga serta yang membantu kamu. Tempat kamu bukan di jalanan.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI